Angin yang bertiup kencang mengkabarkan YB Dato Mahfuz Omar akan menganjurkan satu konvensyen Melayu.
Baguslah kalau sudah ada kesedaran tentang Melayu.
Sebelum ini Pas mengkritik UMNO kerana menggunakan nama Melayu dan memperjuangkan nasib Melayu.
Pas berkata Allah dan rakyat menolak UMNO kerana tidak memperjuangkan Islam seperti mana yang Pas lakukan.
Pas ke hulu ke hilir melabelkan UMNO sebagai sekular, assobiah, jahilliah, mempertahankan perlembagaan penjajah dan sebagainya.
So, sekarang kenapa nak sebut Melayu pulak?
Apakah Mahfuz sudah menentang Hadi Awang dan Nik Aziz? Apakah Mahfuz telah mengaku bahawa perpaduan Melayu itu penting?
Jika perpaduan Melayu itu penting kepada Mahfuz, harap beliau menerima perpaduan Melayu. Terima perjuangan 65 tahun UMNO.
Tertubuhnya Pas adalah kerana kekalahan Ustaz Fuad menentang Tunku Abdul Rahman dalam konvensyen UMNO maka lahirlah PAS pada tahun 1951.
Umno kemudiannya dilabelkan kafir kerana bersama MCA dan MIC. Kini apabila PAS bergabung dengan DAP Harbi, Pas mendakwa mereka mencontohi Piagam Madinah.
Apa yang Umno buat dahulu tidak mencontohi Piagam Madinah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.