Rabu, 9 Februari 2011

Bila memandu melulu

BUTTERWORTH: Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya merempuh tembok di laluan "smart tag" Plaza Tol Sungai Dua Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini malam tadi.

Pegawai Turus Trafik Deputi Superintendan Abdul Rahim Din, berkata Ong Chim Sam, 38, dari Bandar Perai Jaya di sini, mati di tempat kejadian akibat dalam nahas pada jam 11.15 malam tadi.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum merempuh tembok tol," katanya.

Beliau berkata, Ong tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.