Jumaat, 25 Februari 2011

DAP MEWAKILI SUARA DONG ZHONG UNTUK MENYERANG PERKASA

Dap sebenarnya mewakili suara NGO Dong Zhong dalam usaha mereka melemahkan Perkasa dan cuba memecahkan pertubuhan yang berasakan Ketuanan Melayu.


Pas juga risau dengan Perkasa kerana ramai pengikut Pas telah menjadi ahli Perkasa di seluruh pelusuk tanahair.


Dong Zhong sebenarnya lebih berpengaruh dan lebih kuat suaranya daripada Perkasa. Banyak tuntutan Dong Zhong telah berjaya diperoleh melalui saluran politik.


Kebangkitan Perkasa untuk mempertahan perlembagaan persekutuan dan mempertahankan institusi kesultanan melayu dan ketuanan melayu dilihat sebagai ancaman kepada Dong Zhong.


Oleh itu melalui saluran diplomatik dan politik Dong Zhong telah mempergunakan parti politik Dap untuk terus menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dan terkini di Merlimau.


Usaha mereka mungkin berjaya sekiranya Melayu mula menolak Perkasa dan komponan BN juga menolak Perkasa. Sebelum ini Dato Seri Nazri Aziz terang-terang menentang Perkasa dan ramai lagi orang Melayu dalam Umno sendiri cuba menghalang pengikutnya menyertai Perkasa.


Kepada orang Melayu, TM menyatakan disini bahawa kita perlu melihat siapakah tulang belakang Perkasa kini. Tak lain dan tak bukan beliau ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.


Jika kita orang Melayu sayangkan bangsa Melayu dan ingin mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu , sokonglah Perkasa. Sebagai sebuah pertubuhan yang baru sudah tentulah terdapat sedikit sebanyak kelemahan dalam pentadbiran Perkasa, tetapi itu tidak menjadi masalah. Perkasa perlukan masa dan pengalaman untuk memantapkan bertubuhan ini.


Pertubuhan yang tidak berasaskan politik ini setakat hari ini telah mendapat sokongan daripada ahli-ahli Pas, Umno dan Pkr. Inilah yang merisaukan Pas yang menyebabkan mereka mengadakan Konvensyen Melayu pada Sabtu lepas.


Tujuannya ialah untuk menghentam Perkasa habis-habisan. Sepatutnya Dong Zhong lah yang menganjurkan Forum menentang Perkasa, tetapi ia akan menampakkan rasis, jadi Pas sekali lagi diperkudakan oleh Dap dan Dong Zhong.

Satu persoalan , adakah parti komponan BN juga menjadi agent Dong Zhong?

Berikut adalah usaha baru Dap untuk menentang Perkasa di Merlimau.[ blog minda hijrah]

PRK Merlimau - PERKASA menjadi sasaran fitnah, laporan Polis dibuat
Risalah berbaur hasutan perkauman yang menggunakan lambang PERKASA didapati disebarkan sekitar Merlimau menjelang penamaan calon PRK Merlimau Sabtu ini. Laporan Polis telah dibuat semalam (24 Februari 2011)  oleh YDP PERKASA Melaka, Abd. Rahim Osman di Balai Polis Merlimau.


"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA."

"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.

Sebelum ini, PERKASA juga menjadi sasaran fitnah di PRK Tenang apabila risalah-risalah yang boleh membangkitkan kebencian orang cina terhadap PERKASA dan parti pemerintah disebarkan menggunakan kepala surat PERKASA Johor.

Ada kemungkinan tinggi bahawa kerja fitnah ini dilakukan oleh pihak-pihak yang sememangnya tidak senang dengan pengaruh PERKASA dan agenda  penyatuan orang Melayu.


PERKASA adalah NGO yang mendapat tempat dihati orang Melayu dalam tempoh singkat apabila pertubuhan itu lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain di Malaysia.