Ahad, 20 Februari 2011

HADI AWANG BERCAKAP SOAL MELAYU PULAK!

YB Dato Seri Hadi Awang, tak perlu menari-nari samba atau tanggo dalam bercakap soal Melayu dan Islam. Pas hanya patut bercakap soal Hudud dan Jihad Pas sahaja.

Ini kerana agenda pembangunan Melayu telah lama dilaksanakan oleh Umno.

Zaman pemerintahan British dan Jepun, orang Melayu berada dalam keadaan kemiskinan dan jauh ketinggalan daripada kaum-kaum lain.

Sejak merdeka kerajaan pimpinan Umno telah berjaya membangunkan syiar Islam dan juga membangunkan agenda Melayu.

Orang Melayu tidak lagi jumud dan bodoh seperti Pas. Jika dahulu orang Melayu miskin papa kedana, hari ini ada yang sudah bergelar jutawan.

Jika dahulu orang Melayu hanya lulus MCE atau LCE, kini sudah ramai Melayu bergelar PhD. Berjaya dalam kerjaya dan memimpin syarikat-syarikat besar milik negara.

Apa pula kejayaan Pas dalam bidang pendidikan? Berapa ramai pelajar-pelajar yang lahir dari Pasti, Sekolah Agama Rakyat Milik Pas  yang berjaya mendapat ijazah pertama , sarjana dan kedoktoran? Jawapannya tidak ada, yang berjaya sampai ke atas adalah hasil usaha kerajaan Umno.

Pas hanya berjaya melahirkan militan yang hanya pandai menyekat kereta Sultan, yang menjerit melaungkan demontrasi jalanan, dan yang hidup menjadi kuli saja. kalau ada yang bejaya menjadi usahawan itu pun kerana mendapat tender atau kontrak kerajaan.

Di Kelantan, mereka yang kaya dan berjaya ialah mereka yang sama-sama menyamun harta hasil mahsyul negara.