Jumaat, 25 Julai 2008

Komplek Mara yang Komplikated




44 lot niaga disediakan Mara sejak Julai 20056 kurang dapat sambutan

SEREMBAN: Kompleks Seremban Plaza di Jalan Datuk Muda Linggi, di sini adalah antara premis perniagaan yang disediakan Mara Negeri Sembilan untuk peniaga Bumiputera beroperasi di kawasan bandar atau pinggirnya bagi menggalakkan semangat berdaya saing dengan peniaga bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, ramai orang kurang beri perhatian mungkin kerana bangunannya seperti pejabat jika dipandang dari luar.

Bangunan empat tingkat yang dibuka sejak Julai 2005 itu menempatkan 44 lot niaga dan pejabat yang disewakan kepada peniaga, selain turut diisi pejabat Mara negeri dan daerah untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat atau berurusan dengan agensi itu.

Setiap lot niaga disewakan pada kadar antara RM200 hingga RM1,500 bergantung kepada keluasan serta lokasi tingkat selaras dengan matlamat memastikan usahawan Melayu mempunyai tempat untuk memajukan aktiviti perniagaan mereka.

Tinjauan Sentral mendapati, antara jenis perniagaan yang beroperasi di kompleks itu adalah kraf tangan, jahitan, andaman dan aksesori pengantin, salun, makanan dan pelbagai perkhidmatan lain seperti perundingan, jualan barang serta khidmat kaunseling untuk usahawan.

Beberapa peniaga yang ditemui mengalu-alukan langkah Mara menyediakan ruang dan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan di situ, tetapi kecewa apabila kompleks terbabit masih kurang dikenali hingga menyebabkan perniagaan kurang mendapat sambutan.

Seorang daripada mereka, Kamariah Kassim, 38, berterima kasih kepada Mara kerana menyediakan ruang niaga yang selesa, sekali gus mampu memberi imej baik kepada usahawan Bumiputera, tetapi masalah utama yang dihadapi ialah kurang sambutan pelanggan.

"Mungkin masih ramai tidak tahu wujud banyak jenis perniagaan di dalam bangunan ini dan saya melihat antara punca kurang pelanggan ialah reka bentuk kompleks ini seperti pejabat yang menyebabkan orang ramai tidak tahu wujud premis perniagaan di dalamnya.

"Pelanggan yang datang terhad majoritinya Melayu... sepatutnya, formula dicari bagi menarik lebih ramai pelanggan tanpa kira kaum walaupun peniaga di sini adalah Melayu," katanya, yang bersyukur kerana Mara sanggup mengurangkan sewa premisnya daripada RM357 kepada RM203.49 tahun ini disebabkan masalah itu.

Beliau berharap Mara dapat mempromosi bangunan itu dengan lebih kerap kepada orang ramai termasuk menganjurkan pelbagai majlis bagi menarik pengunjung dan memaklumkan mengenai pelbagai jualan dan perkhidmatan yang disediakan di kompleks berkenaan.

===================================================================================

Masalah perniagaan Melayu yang menyewa di bangunan Mara ada lah sama. Pergilah ke mana sahaja bandar besar atau kecil komplek perniagaan Mara adalah sunyi, usang dan sepi.

Apa puncanya?

Pertama ialah reka bentuk bangunannya yang tidak menarik.

Mara sudah tentu tidak mempunyai kepakaran dalam menghasilkan reka bentuk bangunan, dan Mara akan mengupah perunding-perunding bumiputera yang terlibat dalam rekabentuk bangunan untuk mereka cipta bangunan Mara dan syarikat arkitek itu pula bukanlah syarikat yang popular dengan hasil kerjanya.

Kalaulah pereka bentuk bangunan Mara adalah pereka KLCC, Ipoh Parade, atau lain-lain komplek terkenal di Malaysia sudah tentulah mereka juga akan menghasilkan rekabentuk menarik untuk Bangunan Mara.

Kalau di perhatikan dari luar, semua bangunan Mara kelihatan seperti komplek pejabat. dan kalau masuk ke dalam pula nak naik ke tingkat atas adalah sukar, sukar kerana mencari tangga, Rata-rata komplek Mara, tangganya dibuat dikiri dan kanan bangunan dan ia tersorok. Berbeza kalau di komplek membeli belah yang terkenal. tangga memainkan peranan besar, tangga gelungsur elektrik, lift semua mangambil kira lokasi dan seni. Ini berbeza dengan Mara. tangga tersorok. Tak tahulah kehendak siapa? pereka atau Mara.

Kedua ialah sikap peniaga.

Perkara kedua pula yang menyebabkan perniagaan di Bangunan Mara lesu ialah sikap peniaga. Peniaga melayu lebih memfokuskan produk jualan khusus untuk orang Malayu. bukan untuk semua kaum. Peniaga lebih fokus kepada produk busana melayu, kitab-kitab agama, kueh tradisional dan senarionya sama seperti kita ke Pekan Rabu Alor Setar, atau Pasar Payang.

Orang Melayu tidak ada yang menjual CD lagu-lagu moden dan berbagai bahasa. tidak ada kedai yang menjual jam berjenama, tidak ada kedai yang menjual Jean jenama Levis, atau lain-lain brand. Boleh di katakan apa yang di jual di komplek Mara sama seperti yang terdapat di pasar malam. Kalau produk tersebut boleh didapati di pasar malam kenapa harus bersusah payah ke Komplek Mara.

Pasar Payang dan Pekan Rabu bersaiz besar. Mara biasanya kecil.jumlah peniaganya terhad. Mara ada di semua bandar termasuk Taiping yang tak kurang juga malapnya. Payang dan Pekan Rabu boleh bertahan kerana menjadi tumpuan pelancong domestik dan luar.

Untuk terus maju dan berdaya saing dua perkara yang disebut di atas hendaklah di ambil kira oleh pihak pengurusan Mara dan juga peniaga, Orang Melayu lebih gemar ke KLCC, The Mall dan macam-macam lagi kerana terdapat sistem yang moden, mara masih kekal dengan zaman ortodoknya

Ingin melihat komplek perniagaan Mara seperti KLCC dan peniaga malayu berniaga seperti peniagaan orang bukan melayu. Kalau di Perak ingin melihat sebuah Ipoh Parade yang dimiliki oleh Mara dan 100% peniaga adalah melayu yang menjual pelbagai produk sama seperti di Ipoh Parade.