Jumaat, 25 Julai 2008

Takziah

Sahabat seperjuangan Saudara Abu Hanafiah Pegawai Penguat Kuasa MPT telah kembali ke rahmatullah jam 11.00 pagi ini Jumaat 25 Julai 2008. Jenazahnya di bawa ke rumah bapa mertuanya YB Hj Kassim Mahmud bekas ADUN Selama di Jalan Cempedak Kpg Jambu Taiping dan jenazah akan di semadikan di Tanah perkuburan Islam Kpg Jambu selepas solat asar.

Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Taiping hari Selasa lalu kerana serangan angin ahmar.

Takziah untuk seluruh keluarga allahyarham dan semoga arwah di tempatkan Allah bersama orang-orang yang soleh.

Alfatihah