Khamis, 24 Julai 2008

Pekerja Parking Salah Guna Kuasa

Penjaga Parking di bandar Taiping memang cukup tak berguna.Mereka tidak amanah dalam menjalankan tugas harian mereka. Mereka tidak bekerja untuk MPT sebaliknya bekerja untuk menjaga kereta-kereta tauke kedai dari di saman .

Aku sudah cukup mual dan muak dengan gelagat mereka yang tak tahu malu. Mereka tak sedar penduduk Taiping setiap hari menyumpah mereka.

Ingin tahu kenapa aku cukup anti dengan mereka ini?

Jawabnya ialah kerana mata mereka cukup cekap memerhatikan meter parking, kalau meter kembali kepada kosong maka secepat lipas mereka datang dan menulis saman parking.

Lain pula ceritanya kalau kereta itu ialah kereta milik pekedai-pekedai disekitar bandar, pekerja pembantu parking ini tak akan saman sebaliknya membunyikan hon motosikalnya berkali-kali sehingga pekedai itu datang dan memasukkan wang syiling 10 sen dan mereka akan berlalu pergi,

Cukup masa mereka akan kembali lagi, kalau ada kereta luar yang mereka tak kenal , cepat-cepat saman di keluarkan, sebaliknya kepada kereta tauke kedai mereka akan ulang kerja mereka memberikan hon agar mereka mamasukkan wang lagi, kenapa tak disaman saja..kenapa perlu diberi hon atau dipanggil mereka untuk mengisi syiling??