Khamis, 24 Julai 2008

MB Perak mahu dialog Umno-PAS dihentikan

24-07-2008 04:34:37 PM

IPOH: Dialog peringkat tinggi Umno-PAS perlu dihentikan memandangkan usaha sedemikian boleh menjurus ke arah spekulasi semata-mata, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sambil menyifatkan spekulasi sebagai tidak sihat, beliau berkata, hanya Perdana Menteri yang berminat untuk mengadakan perbincangan membabitkan kedua-dua parti.

Pakatan Rakyat tidak terdesak untuk mengadakan hubungan seumpama itu kerana barisan pembangkang adalah kukuh buat masa sekarang, kata beliau di sini hari ini selepas melancarkan konvensyen kumpulan kualiti kerja perkhidmatan awam.

Menteri Besar berkata, beliau juga lebih bersikap terbuka untuk mengadakan muqabalah atau pertemuan bersemuka.

Ketika ditanya sama ada muqabalah akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan anggota Pakatan Rakyat, beliau memberitahu, situasi sedemikian tidak akan wujud kerana terdapat kefahaman yang baik di antara PKR, PAS dan DAP.

Berhubung syor Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya perbincangan itu seharusnya memberi tumpuan terhadap perpaduan rakyat Malaysia, Nizar berkata, ia akan menjadi salah satu agenda pertemuan.

"Agenda utama menyentuh kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak hanya satu-satu komuniti," katanya.

MB Perak takut teramat sangat sekiranya Pakatan Rakyat hancur berkecai. Andainya Hadi Awang bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan berputus arang dengan DAP dan Parti Sontot maka Nizar akan hilang jawatan MB. Tapi jangan risooo ler Nizar kalau Pas dan UMNO dah senada sehati kamu kena ler terima hakikat, dan kamu boleh tidur sebantal dengan Tajul Rosli dan mimpi pun sama. Hari ini kamu tidorrr sebantall tapi mimpi lain-lain,,,,UMNO welcome you Nizar