Khamis, 24 Julai 2008

Kenyataan Ketua Bahagian Taiping

TAIPING: Umno Bahagian Taiping meminta anggota yang ingin bertanding bagi sebarang jawatan dalam pemilihan parti kali ini mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Tertinggi (MT).

Ketua bahagian itu, Datuk Abdul Malek Mohd Hanafiah berkata, sekiranya peraturan yang ditetapkan MT tidak dipatuhi ia boleh melemahkan parti dan menimbulkan huru-hara dalam parti.

Berucap merasmikan mesyuarat berkelompok Umno Cawangan Bahagian Taiping di sini hari ini, beliau berkata, semua cawangan parti bahagian itu turut menyatakan sokongan padu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk terus meneraju kepimpinan parti berkenaan pada pemilihan akan datang.

"Kita yakin gandingan dua pemimpin tersebut mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Umno serta memperkukuhkan kembali kekuatan parti," katanya.