Rabu, 23 Februari 2011

HARI INI DALAM SEJARAH : BUKIT KEPONG

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.


Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis [[Melayu] di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
[sunting] Mereka yang terselamat

Anggota Polis

1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis

1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4. Konstabel 9136 Hassan Osman
5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. Ins. Kudarina Naknok
2. AP 2130 Samad Yatim
3. AP Mahmood Saat
4. AP 1925 Ali Akop
5. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng

10 ulasan:

  1. PEMBENTANGAN YANG AMAT BERMAKNA. SEMOGA PAS DAN PKR MEMBACA HURAIAN INI.

    AKU YAKIN DAP SEDANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN YANG SAMA. GUNA MELAYU HANCURKAN MELAYU.

    TERIMA KASIH.

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah kepada Pejuang-Pejuang Melayu yang syahid mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada setelah gugur ketika menjalankan amanah kepada negara. Bersama kita mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku bila Komunis mula berasa mereka berkuasa!

    BalasPadam
  3. lahanat pnyer komunis...sama mcm DAP....test la lg skali tgk cmner nk mampos...!!!

    BalasPadam
  4. Peristiwa Bkt Kepong satu sejarah..menginsafi kita sebagai bangsa melayu yg mempertahankan tanahair sendiri..namun kita harus belajar drp bangsa lain bagaimana satu muslihat yang halus dapat memerangkap musuh tanpa sedari..inilah susun atur yg dipraktik oleh kaum cina yg berideologi cauvinist..
    1969..13hb..telah membuat kaum cina merenung kembali ketidakupayaan mereka merampas M'sia ini dengan cara kekerasaan..justeru itu para pemikir mereka mencari idea-idea baru bagi mengalah dan membinasakan orang-orang melayu.
    Antara ideanya..
    1.Kekalahan negara cina yg memiliki jutaan rakyat kepada British yg hanya satu kompeni..jawapannya ialah CANDU..oleh itu..bangsa melayu M'sia haruslah diberi DADAH agar bangsa itu rosak dan binasa..kelak pada masa hadapan tiadalagi pemuda melayu..yg berani.
    2.Memandangkan ramai warga tua serta kerajaan yg menjadi tunjang bagi merawat dan menasihati orang muda..para pemikir cina..mencari jalan dalam bentuk makanan..oleh itu lahirlah minuman/makanan yg mempercepatkan kadar sakit jantung,buah pinggang, kencing manis dll..spt kopi pracampuran Ginseng,tongkat ali,linzi dsbnya kemudian dimasukkan siladafil, tiladafil kononya memguat tenaga bahtin..
    Realitinya tiada satu kedai/Warung cina yg menjual produk ini walaupun mereka yg proses..semuanya terdapat diwarung melayu....
    3.Pemikir mereka mencari...kini dengan wadah baru..mengaku islam..seperti mana Abdullah b Saba'seorang Yahudi..mengaku islam dan menghancur daripada sebelah dalam..tak hairanlah kini ramai orang cina boleh berucap serta mentafsir quran..(seperti Ngeh dan Ngoh diPerak)..Malangnya ramai melayu malas..menganggap "IQRA" itu satu ungkapan yg tiiada makna lain...
    Wahai bangsaku Melayu..bacalah..singkapkan minda supaya ilmu kita banyak dan dapat kita membantu bangsa kita yg lemah..akibat politik yg memcacat agama islam yg indah dan luhur itu..

    BalasPadam
  5. Dan sekarang pemimpin2 terencat akal dari Parti Ajaran Sesat dan PAk Sheikh barua Yahudi zionist dan pengamal seks luar tabii ingin memaafkan Chin Peng dan bawa beliau pulang dalam negeri. Ini lah keparat dan lahanat Pak Sheik dan Nik Najis tuo kutok na kutok mampoi. Semoga sesiapa yg menyokong species2 haramjadah dari Parti Ajaran syaitan dan Parti Bermata Dajjal di lahanat dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  6. Salam tuan TM...,

    Satu paparan sejarah yang tersangat baik untuk sama2 semat diqalbu betapa pejuang dahulu semangatnya mempertahan agama bangsa dan tanah air sentiasa mengalir didalam jasad mereka. Semoga roh mereka dibaris bersama para syuhada. Izinkan Pang5 Beliung edit CnP sejarah ini.

    BalasPadam
  7. Al Fatihah

    "Kami orang - orang Polis tidak akan menyerah diri! Biar kami mati di sini!"
    Sarjan Jamil

    BalasPadam
  8. perjuang adalah kerana allah bukan kerana sesuatu kaum kerana Allah menciptakan berbagai2 kaum didunia ini supaya dapat mengenali antara satu sama lain, menghina orang lain sesama islam dgn berbagai2 gelaran yang hina bukan dari ajaran Nabi muhammad.kerana yang menghina dan yang dihina sama2 mengucap sahadah yang sama.insaflah Allah maha berkuasa ,,,bukan anda

    BalasPadam
  9. tah...bodoh betol org umno laknatullah ni. tgk lar kt johor, melaka, negori, penang...mana ada melayu? semua merempat. ni bukan DAP, tp MCA pnya keje. menggunakan umno utk mermpas tnh bumiputra. apalar buta hati sgt org umno ni duk myalahkan pas. tgk penang sudah, 50 thn gerakan memerintah semua tanah melayu tergadai. so xheran lar klu DAP 3thn perintah pn dh jual melayu. mana org2 umno time gerakan 50thn gadai melayu? time DAP baru nak kalut. aku ni 50thn dh driver lori. aku blajat takat spm pn tau nilai. satu malaysia aku pusing hantar barg...kt negeri pas perintah jer ada bangunan2 business melayu n rumah2 banglow melayu. negeri2 lain smua milik cina n umno barua yg turut gadai melayu. so pikir2 lar....benda ni logic jer. DAP gn MCA sama jer. diorg akan hancurkan islam. thanks krn tegur PAS, tp UMNO yg 50thn dijajah tu mcmna plak? yg bodoh, jahil n laknatullah tetap umno sbb xpernah nak buat undang2 islam yg berasaskan Quran. kalu dah Al-quran tolak, aurat xtutup, hukum tolak, sapa diri anda nak mgata PAS? cingpeng hanya seorang, ada beribu2 lg manusia lebih dajal dr chingpeng yg mengaku islam, melayu n jaga sultan melayu di malaysia. mereka ni yg stiap hari menggadai agama, bangsa n negara demi mempertahankan putrajaya. mengucaplah jika anda mengaku islam...

    BalasPadam
  10. xpayah approval pn xper....biarlah tuan pnya blog ni jer baca. sedarlah yg anda tu adalah dajal krn nabi saw dh cakap dajal ni fungsi dia mmporak perandakan dunia islam. mengaku islam, tp gaya hidup, parti, makan minum, amalan, langsung xgambarkan islam. dunia bkn milik umno...tp milik allah. sedarlah yg anda bukan tuhan. harini jer anda ada kuasa, esok lusa xtau lg. org umno mmg gini, pasal melayu, islam, sultan, tanah bumiptra...semua dia yg bela no1. tp hakikatnya org buta tuli pn tau...(dgn syrt jgn makan makann haram lar). knp negeri umno perintah byk judi, arak, disko, gadis seksi, joget, konsert xtutup aurat, nom muslim yg xtau hormat islam? kt negeri pas pn ada...tp usaha diorg utk atasi tu bertgkus lumus. kalu anda tu xmakan makann haram, anda akan sedar ini semua. sapa yg menghancur masa depan islam n melayu anak2 anda nnt. nama lg dunia nak kiamat, org yg mgaku islam akan terus2 xsedar diri n kata dia bela islam. sbijik mcm umno. org umno selagi anda pnya isteri xtutup aurat, anda xlayak bercakap pasal islam sbb allah dh kata kena jaga keluarga dulu. so?? ni prove paling jelas yg umno2 xlayak berckp pasal islam. pegang dulu quran n amal ajaran islam...baru anda layak mentadbir. ini bumi milik allah...milik islam...bukan milik umno yg bt undang2 sendiri. jgn cabar tuhan kami org islam... anda tu mgaku jer islam tp tuhan xtau sapa, dats y lgsg xtakut dgn maksiat n penghinaan terhadap islam.. bertaubatlah sebelum terlambat. anda akan tersentuh jika bc ni if anda pnya hati masih terbuka utk kmbali memeluk ajaran islam yg syumul...tp jika dh gelap ati dek krn makan benda haram..nauubillah..delete jer post ni...

    BalasPadam