Khamis, 3 Februari 2011
PERAK NEWS
Sesekali terkejut beruk juga bila buka laman web Perak News. Dah macam akhbar 'The Sun' yang popular dengan gambar-gambar perempuan seksi.
Rasa teman Peraks News adalah portal kerajaan negeri, Dulu rasanya tak macam ni, sekarang udah makin haru biru.
Portal Perak New wujud sebelum Nizar menjadi Menteri Besar lagi dan sewaktu itu hit pengunjung tidaklah hebat, Setelah Nizar menjadi Menteri Besar, laman web ini menjadi cukup terkenal kerana banyak menyiarkan cerita dan aktiviti Nizar Jamaludin.
Akan tetapi selepas Dr Zambry mengambil alih tampuk pemerintahan Perak , laman web ini kurang dikunjungai pelawat cyber.
Perak New kini disaingi oleh Peran BN dan Perak Today. Mungkin kerana kurang Ummmpphh...Pihak pengurusan Perak New cuba meletak gambar-gambar awek cun untuk menarik lebih ramai trafik.
Pandangan TM ia amat tidak sesuai sebagai laman web atau portal kerajaan negeri. Ia amat memalukan dan boleh menjatuhkan imej kerajaan di bawah pimpinan Dr Zamry.
Adakah pihak pentadbiran Perak New cuba mensabotaj imej Umno dan Barisan Nasional yang memerintah sekarang. atau pihak pengurusan lebih mementingkan popularity seperti laman sosial yang lain. Terus terang TM mengutuk tindakan pihak Perak News.
Kalau Dr Zambry buka laman tersebut pun sudah tentu beliau tidak menggemarinya. Harap Dr Zambry dapat berbuat sesuatu terhadap portal ini.