Pas dalam kempen PRK Kerdau dan Merlimau cuba membawa imej Kelantan Maju untuk menandingi imej Melaka Maju yang dinobatkan pada 2010 lalu.
Benarkah Kelantan maju? Bagi TM, Kelantan belum maju selagi rakyatnya tidak kembali untuk mencari makan ditempat sendiri.
Hari ini rakyat Kelantan hanya pulang apabila hari mengundi dan Hari Raya korban sahaja.
Pelancong domestik yang pergi ke Kelantan pun hanya kerana tarikan dari sempadan Thai seperti Rantau Penjang, Pangakalan Kubur dan Bukit Bunga.
Bahkan pasar Siti Khatijah pun penuh dengan produk Thailand.
Masalah air sudah cukup untuk bandingkan Kelantan jauh ketinggalan berbanding Melaka dan Pahang.
Mari kita bandingkan pula pendapatan isi rumah di Kelantan dengan Melaka.
Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.