Jumaat, 11 Februari 2011

Mubarak dijangka berundur, pengumuman pukul 4 pagi ini

Presiden Hosni Mubarak akan berucap menerusi televisyen kebangsaan negara itu hari ini dan dijangka akan mengumumkan pengundurannya.

Ucapan tersebut dikatakan akan berlangsung pada pukul 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia), kata jurucakap kerajaan.

"Ucapannya dijadual akan bermula pada pukul 10 malam ini (waktu tempatan)," kata Magdi Radi.

Televisyen negara itu sebelum ini menyiarkan perbincangan antara Mubarak dengan Timbalan Presiden, Omar Suleiman serta Perdana Menteri, Ahmed Shafiq di kediaman presiden di Heliopolis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.