Selasa, 1 Februari 2011

NORMALA YANG DARING DAN BERHATI KERING

Mungkin Normala sudah tidak rasa apa-apa dengan jawatan dan tugas asalnya dibidang perguruan. Ini kerana beliau telah meletakkan jawatan pada akhir tahun lalu. Ini bermakna awal tahun 20111 beliau tidak lagi turun ke sekolah atau pejabat setiap pagi.

Bagi suaminya pula kini berdepan dengan tindakan oleh majikan kerana menipu  cuti sakit. untuk membolehkan beliau membantu kempen isterinya.

Dalam usia 38 tahun Normala berkahwin dua kali, sudah cukup membuktikan Normala seorang yang berani dan daring dalam membuat keputusan.

Sterusnya final count down beliau melepaskan jawatannya kerana ingin menentang kerajaan dan terjawab pada 30 januari Ahad lalu. Itulah kemuncak kepada istilah hati kering Normala Sudirman.

Setakat hari ini belum ada seorang pun calon DAP yang berasal dari jawatan guru. Walaupun orang Cina terkenal dalam bidang perniagaan tetapi jika seseorang itu menjadi guru mereka akan kekal sampai pencen.
Orang Cina amat menyayangi jawatan tersebut dan sekiranya mereka ingin berniaga , mereka akan melakukan secara senyap tanpa melepaskan jawatan.

Di Taiping Syarikat Boon Beng adalah syarikat bekalan dan perkhidmatan yang mendapat banyak kontrak dengan Jabatan Pelajaran Perak. Tuan punya syarikat adalah  seorang guru dan berkhidmat sampai bersara.

Begitulah tingginya martabat guru dimata orang Cina. TM yakin dalam PRU 13 Dap akan meletakkan calon-calon yang terdiri daripada peguam-peguam , doktor dan yang bukan daripada kakitangan kerajaan. Jika ditawarkan wang yang banyak pun tidak akan ada yang akan mengikut jejal langkah Normala.

Satu persoalan ialah adakah Normala akan menjadi calon untuk PRK 13 di Dun Tenang?