Dr Sidek Dahari menyatakan adalah tidak adil meletakkan segala tanggungjawab terhadap kerajaan untuk menyelamatkan anak-anak mereka daripada krisis demonstrasi menentang Presiden Hosni Mubarak.
Kerana berkemampuan beliau telah membeli tiket penerbangan untuk membolehkan anaknya keluar dari bumi yang sedang bergolak.
Sikap Dr Sidek patut dicontohi oleh ibubapa yang mampu. Janganlah bersandarkan segala-galanya kepada pihak kerajaan.
Paling menyedihkan apabila usaha membayar pulang pelajar cuba disabotaj oleh sesetengah pihak sehingga ada pelajar yang enggan diterbangkan ke Jeddah. Kononnya apabila sampai disana mereka akan dikenakan tambang yang tinggi. Mereka mahu semua pelajar diterbangkan terus ke Kuala Lumpur.
Alangkah singkatnya pemikiran mereka kerana hanya mementingkan diri sendiri. Cuba bayangkan jika mereka diterbangkan terus ke Kuala Lumpur dan kapalterbang yang kosong terpaksa mengharungi 11 jam lagi untuk sampai ke Mesir.
Langkah kerajaan memintahkan pelajar ke zon selamat iaitu Jeddah adalah satu tindakan yang bijak. Ini kerana kita mempunyai komplek haji di sana.
Satu lagi perkara yang memalukan ialah terdapat pelajar yang sedang melancong ke Eropah mengharapkan tambang percuma untuk balik ke Malaysia.
Ia satu permintaan yang malampau oleh pelajar-pelajar tersebut.
Bagaimana masih terdapat berita sedih kerana ramai pelajar dari Kedah gagal dikesan. Adakah mereka terlibat dengan rusuhan atau menjadi tentera upahan di zon perang atau belajar menjadi gerila dinegara Arab lain.
Akhir kata kita sebagai masyarakat Malaysia perlu mengikis sikap rakyat yang bergantung hidup 100 peratus kepada bantuan dan subsidi kerajaan.
Hari ini BN memerintah, kalau DAP memerintah kirim salam lah. Mungkin peratus Melayu masuk IPTA akan meruduh kepada 1 atau 2 peratus sahaja.
Hari ini peratusan itu seimbang kerana pelajar melayu diberi ruang dan peluang kerana prinsip ketuanan melayu
Prinsip Ketuanan Melayu telah menyebabkan Melayu hari ini mencapai tahap dan sosio ekonomi yang setanding dengan bangsa lain walaupun pegangan ekuitinya belum mencapai tahap sasaran yang diimpikan oleh pemimpin Umno.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.