Rabu, 9 Februari 2011

PAS DALAM KECELARUAN



Apabila Presiden Tunisia tumbang dan terbaru Presiden Hosni Mubarak didesak oleh rakyatnya supaya meletakkan jawatan, ia seolah-olah memberikan satu suntikan semangat kepada Pas untuk melihat peristiwa yang sama berlaku di Malaysia. Pas awal-awal telah menyokong rusuhan yang dilakukan oleh rakyat Mesir yang anti Mubarak.

Pas lupa bahawa perencanaan sebenar rusuhan itu adalah datangnya dari pihak luar. Hosni Mubarak adalah pelakon yang sama seperti Sadam Hussain di Iraq, Hamid Kazai di Afghanistan dan beberapa pemimpin lain. Malaysia yang pastinya bukan Hadi Awang atau Lim Kit Siang, tak perlu sebut, semua sedia maklum bahawa dia ialah Anwar Ibrahim.

Watak-watak ini dibangunkan oleh Barat bertahun-tahun lama. Mohamed Mustafa El Baradei adalah calon yang disebut-sebut oleh Barat untuk menggantikan Hosni Mubarak. Elbaradei telah menjadi Director General of the International Atomic Energy Agency (IAEA).yang setia kepada Barat. Atas rekod itulah beliau menjadi pilihan untuk meneraju pentadbiran Mesir.

Pas teruja dengan rusuhan yang dilakukan oleh rakyat Mesir dan pada masa yang sama Pas ingin juga membuat perarakan bagi menandakan sokongan kepada rakyat Mesir yang menentang Hosni Mubarak. Entah apa silapnya perarakan tersebut telah diubah tajuk. Pas telah membuat perarakan dan demontrasi jalanan menuju ke Kedutaan Amerika dan mendesak supaya Amerika tidak campur tangan dalam urusan dalaman Mesir.

Parti Pas Malaysia sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pemberontak di Mesir yang menjadi penganut Parti Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir kerana ia sebuah parti yang berasaskan agama Islam. Pas di Malaysia juga pada asalnya dinamakan sebagai Hizbul Muslimin tetapi pendaftarannya di tolak oleh pendaftar pertubuhan [ROS-British] pada ketika itu dan digantikan dengan Persatuan Islam Se Malaya atau ringkasnya PAS.

Inilah sebenarnya kekeliruan yang dialami oleh Pas dalam isu Mesir. Pas mungkin sudah lupa bahawa Timbalan Presiden Amerika Al Gore satu ketika dahulu dalam ucapannya di Kuala Lumpur telah menyokong gerakan reformasi yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Pas juga pada ketika itu sama-sama menyokong apa yang disebut oleh Al Gore. Menyokong rusuhan bererti menyokong Barat. Oleh itu pada Jumaat lepas Pas tidak perlu berdemo di hadapan Kedutaan Amerika. sebaliknya berdemo untuk menyokong rusuhan sahaja.

Jauh disudut hati Pas terdetik agar seluruh rakyat Malaysia mengadakan rusuhan yang sama untuk mendesak kerajaan BN digulingkan secara kekerasan dan rusuhan. Bagaimanapun cubaan yang pernah dilakukan pada tahun 1998 tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat. Hari ini Pas tahu bahawa sokongan rakyat terhadap mereka semakin menipis. Rakyat sudah muak dengan demontrasi yang dilakukan sebelum ini. Demontrasi yang terakhir dilakukan oleh puak-puak ini ialah membantah kenaikan air oleh Syabas.

Demontrasi Jumaat lepas bukan sahaja ditentang oleh rakyat Malaysia tetapi ditentang oleh DAP sendiri. Ini kerana ia dilakukan pada hari perayaan Tahun Baru Cuna. Dap mengkritik Pas kerana tidak sensitif dengan perayaan dan demontrasi telah menggangu lalulintas terutama kaum Cina yang sedang merayakan sambutan tahun Arnab.

Oleh itu dimanakan pendirian sebenar Pas dalam isu rusuhan ini, rasanya Pas hanya menjadi pak turut sahaja tanpa memikirkan buruk dan baik kepada rakyat. Adakah Pas ingin menaja rusuhan? Lupa kah Pas akan kerisauan mereka terhadap anak cucu mereka yang berada di Mesir sewaktu rusuhan? Pas dengan lantang mendesak kerajaan segera bertindak untuk menyelamatkan pelajar-pelajar tersebut.

Tiba-tiba Pas pula ingin merusuh dan menganjurkan perkara yang sama seperti di Mesir. Lihat youtube seorang ayah dan seorang isteri yang meraung kerana anak dan suami mereka ditahan polis. Itu belum lagi melihat anak dan suami mereka terbujur kaku kerana dibelasah oleh polis atau perusuh lain.

Fikirkanlah wahai Pas.