Rabu, 2 Februari 2011

Pas menyokong kejatuhan Hosni Mubarak

Apa yang berlaku di Mesir amat menarik perhatian PAS di Malaysia. Anwar juga sama seperti PAS yang menyokong gerakan reformasi untuk menurunkan Hosni Mubarak daripada kerusi Presiden.

PAS seperti mendapat suntikan baru bagi menjatuhkan kerajaan BN seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

PAS tidak peduli siapa yang menjadi dalang dalam kejatuhan kerajaan di dua buah negara benua Afrika itu.

Di Malaysia, tangan-tangan setan telah beberapa kali berusaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, tetapi menemui kegagalan kerana tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat . Hanya pengikut setia PAS dan PKR berusaha kearah itu. DAP dilihat tidak gemar cara PKR dan PAS turun ke jalan untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan BN. Dap mahu menjatuhkan kerajaan BN melalui saluran yang betul, iaitu melalui Pilihan Raya Umum.

Mesir sejak zaman Anuar Sadat, tidak pernah aman. Anuar Sadat dikutuk oleh dunia Arab sampai ke akhir hayat kerana menyerahkan Semenanjung Gaza kepada Israel selepas perang 1967. Dalam perjanjian David , Amerika berjaya memujuk Mesir menanda tangan satu declarasi untuk melepaskan tuntutan wilayah tersebut.

Sewaktu kematiannya, radio Arab menyatakan Sadat mati sebagai seorang Yahudi. Malah kerajaan Mesir mendirikan Piramid kecil sebagai monument dikuburnya.

Hari ini suka juta penduduk Mesir berhimpun untuk mendesak Presiden berundur.

Mesir pernah dikuasai Barat dan sebelum meninggalkan negara tersebut, British telah meninggalkan sistem demokrasi yang ketua negaranya ialah seorang Presiden. Barat tahu sistem yang ditinggalkan akan menjadi bom jangka suatu hari kelak. Hari ini ia menjadi kenyataan.

Berbalik kepada parti pembangkang dalam negara. Pas menyokong usaha rakyat Mesir. Pas juga menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Republik dengan Anwar sendiri menjadi Presiden. Anwar juga ingan pisahkan sistem Raja Berpelembagaan menjadi Raja yang tidak punyai kuasa seperti di India, Indonesia dan beberapa negara lain di dunia.

Presiden akan lebih berkuasa daripada Raja dan Perdana Menteri. Hari ini PAS dan PKR membuktikan bahawa mereka juga sama seperti Hosni Mubarak kerana ingin mengekalkan kuasa sehingga ke akhir hayat.

Lihat sahaja PAS. Presiden Fadhil Nor, Hadi Awang dan Nik Aziz semuanya ingin terus berkuasa sampai bila-bila , hanya kubur sahaja yang menjatuhkan kuasa mereka.

Kesimpulannya ialah Pas menyokong rakyat Mesir menjatuhkan sistem pemerintahan berpresiden tetapi di Malaysia Pas menyokong cadangan Anwar yang ingin menjadi Presiden pertama Republik Malaysia.

Apakah Pas keliru atau tak faham sistem pemerintahan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.