Pada hari Isnin lepas 7 Februari 2011, Terdapat beberapa sekatan jalan raya telah dibuat oleh polis, TM mengagak sesuatu pasti berlaku di kawasan Taiping, Mungkin sebuah kedai emas di rompak atau polis menembak penjenayah dan ada yang melarikan diri. Atau pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di Taiping waktu ini.
Zaman-zaman tahun 60an, 70a, 80an bandar Taiping boleh dikategorikan sebagai bandar paling aman dan selamat di Malaya.
Kes kes jenayah amat jarang berlaku, bagaimanapun zaman telah berubah, penduduk Taiping semakin bertambah dan melebihi 300 ribu orang. Sesekali memang meletus insiden-insiden bunuh , rompakan dan sebagainya. tetapi masing terkawal.
Kejadian pecah rumah , curi basikal, curi motosikal mungkin perkara kecil kerana tak melibatkan kematian.
Menurut Ketua Polis Perak dalam sesi bertemu pelanggan tahun lepas, kadar atau indek jenayah menurun di Perak begitu juga di Taiping.( rujuk posting dahulu)
Ketua Polis menyarankan pihak penduduk juga bekerja sama dengan polis dalam program mencegah jenayah. Kita tidak boleh berharap seratus peratus kepada pihak polis kerana bilangan anggota amat terhad.
Beliau juga menyarankan pihak PBT menyediakan cctv untuk memantau keadaan terutama kawasan hot spot yang kerap berlaku kes jenayah.
Berbalik kepada kes bunuh pengusaha kedai barangan lusuh (kedai botol) ini, ia bukan kali pertama, beberapa tahun lalu seorang pengusaha barangan lusuh keturunan India dibunuh dengan kejam dengan tembakan jarak dekat dalam kereta sewaktu beliau sampai di pintu rumah beliau.
TM pernah megorek rahsia daripada anak mangsa dan beliau menyatakan bapanya dibunuh kerana dendam dan cerita orang tempatan pula menyatakan ia ada kaitan dengan kegiatan ceti haram dan kongsi gelap.
Jika dirujuk dengan kes bunuh hari di kedai botol berhampiran Pejabat Pos Taiping ini sukar untuk mengaitkan dengan isu cete haram atau kongsi gelap, itu mungkin siasatan polis boleh dapat merungkaikannya. Kenapa, Siapa, Bagaimana, dan lain-lain lagi.
Seorang peniaga barangan lusuh mati ditembak dalam satu rompakan di Jalan Barrack, di sini pagi Isnin, manakala dua lagi cedera akibat dipukul dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata K.Pitchai, 71, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala, manakala yang tercedera dalam kejadian itu ialah M.Palsamy, 67, dan S.Subramaniam, yang berumur sekitar 60-an.
Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.45 pagi apabila tiga lelaki yang menutup sebahagian daripada muka dengan kain, menyerbu masuk ke kawasan ruang niaga Pitchai.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin Yusof berkata, seorang daripada suspek kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah kepala dan dada Pitchai selepas berlaku pergelutan, dan Pitchai terus rebah.
Menurutnya Palsamy dan Subramaniam pula dipukul dengan benda keras dalam kejadian itu, manakala seorang lagi lelaki yang berumur sekitar 60-an yang turut berada di tempat kejadian ketika itu, tidak dicederakan.
Yusof berkata ketiga-tiga suspek kemudian merampas wang tunai RM8,000 sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta, dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya mayat Pitchai dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, manakala Palsamy dan Subramaniam turut dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan.
Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping dengan menelefon 05-8080222 untuk membantu siasatan.