Khamis, 24 Februari 2011

Produk berasaskan Getah dijangka akan naik harga

Kenaikan harga getah telah mendapat respon yang baik daripada penoreh getah. Penoreh getah yang malas menoreh pun sudah kembali rajin dan bersemangat. Apa tidaknya setiap hari mampu membawa pulangan yang cukup lumayan.

Bagaimanapun kita tidak harus lupa bahawa kenaikan bahan mentah iaitu getah akan memberikan impak besar kepada produk berasaskan getah seperti tayar basikal, motosikal, kereta dan kenderaan berat yang lain.

Ia juga mungkin menyebabkan harga kereta dan motosikal juga akan naik harga. Ini kerana sebuah kereta mempunyai banyak komponen getah. Oleh itu jangan lah nak protes bila harga tayar naik yer!