Isnin, 7 Februari 2011

Siapa Ketua Pengarah BTN yang baru?

Bisik-bisik atau sok sek sok sek siapa penganti Dato Saghul Hamid telah mula dispekulasikan oleh sahabat blogger Sanggah Tok Janggut (RAK) pada 22 Disember 2010 dalam blog beliau.

Baru baru ini semasa TM berada di Janda Baik kami juga ada membicarakan soal jawatan Ketua Pengarah BTN bersama beberapa rakan blogger yang lain.

Kebetulan salah satu ceramah pada pada malam Sabtu telah disampaikan sendiri oleh Dato Saghul. Walaupun pada usia 60 tahun beliau tidak menunjukkan sebarang kekurangan dari segi fizikal dan mental. beliau mampu menyampaikan ceramah dengan penuh semangat dan penuh bergaya .

Jika selama ini kita kagum dengan keupayaan Tun Dr Mahathir berdiri sejam lebih untuk menyampaikan ucapan beliau , TM merasakan Dato Shagul juga tidak kurang hebatnya.Malah langkah beliau menaiki pentas dan berdiri sewaktu lagu Negaraku dimainkan menunjukkan beliau masih gagah perkasa.

TM dan beberapa rakan blogger lain bersetuju sekiranya kontrak Dato Shagul disambung sehingga selesai PRU 13.

Menurut RAK sudah ramai individu-individu yang melobi  untuk jawatan tersebut, Antara nama yang disebut ialah Nobisha atau Norizan Shariff dan Shukur Desa . Terkejut juga apabila nama Shukur Desa disebut oleh RAK.

Bagaimana pun sekiranya nama mereka dicalonkan TM tetap menyokong kerana mereka layak dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan politik.

Siapa tak kenal dengan Nobisha yang terkenal di Astro Awani dan penulis blog. Shukur Desa mungkin ramai yang tak kenal kerana beliau sudah lama meninggalkan BTN. Bagaimana pun beliau masih lagi mempunyai hubungan yang baik di peringkat atasan.

TM baru-baru ini menghubungi Shukur Desa bertanyakan isu ini dan  jawapan beliau amat mudah "beliau terkejut kerana nama beliau dikaitkan dan menafikan bahawa beliau melobi jawatan tersebut"

Bila dihalusi tulisan RAK ternyata beliau telah mempromosi orang-orang Pak Lah . hehehe! RAK jangan marah ya.



Kita sedar selain Saghul Hamid yang pernah mendapat didikan ataupun latihan ketatanegaraan di Romania, ada beberapa calon lagi yang masih mampu dan mempunyai siasah serta jati diri yang kuat,kental dan agam untuk mempertahankan modul biro ini iaitu Aziz Shamsuddin dan juga Rozai Shapian. Mereka ini telah membuktikan dengan meletakkan kepentingan Negara dan pemimpin mereka mengatasi kehendak nafsu peribadi mereka.Mereka ini tidak pernah tunduk kepada tekanan dan desakan.Mereka betul-betul mengaplikasi kebolehan,ilmu dan latihan mereka untuk kepentingan pemerintah.

Kita menyedari ada calon-calon yang begitu hebat sedang melobi untuk mengintai jawatan ini seperti Raja Arif yang sedang berusaha untuk mendapatkan jawatan itu dengan bantuan Setpol Perdana Menteri dan juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan  dan Ahmad Fairuz Othman juga mempunyai keinginan yang sama dan turut menggunakan bantuan  Setpol Perdana Menteri itu  tapi  melalui  orang tengah Mokhtar Sulaiman,bekas pegawai BTN sebelum ini.

Ahmad Fairuz sebelum ini pernah dikatakan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Melaka dan ahli UMNO Putrajaya malah pernah mencabar Tengku Adnan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian namun gagal kerana tidak cukup pencalonan dan kita percaya ada kemungkinan beliau akan melalakukan gerakan sulit menggunakan kedudukannya sekiranya dilantik Ketuan Pengarah Biro  untuk sekali lagi mengkucar kacirkan UMNO Putrajaya.

Manakala Raja Arif yang difahamkan bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Pegawai Khas kepada Dato Tengku Mahmood dan sekarang ini adalah AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam DUN Bukti Tunggal serta bercita-cita untuk menjadi calon pilihanraya.



Dato Nasiruddin bekas pegawai BTN yang berasal daripada Perak juga sedang memohon jasa baik Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya ke jawatan itu tetapi calon ini dkatakan pernah mempunyai kes mahkamah.

Bekas SUSK Anwar Ibrahim. Annuar Shaari juga dikatakan berminat untuk jadi Ketua Pengarah dan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan isteri Perdana Menteri untuk menyokongnya ke jawatan itu dan dalam masa yang sama ada suara-suara yang mula mendedahkan bahawa Biro TataNegara terlalu banyak sangat memberikan peluang dan ruang kepada bekas penyokong Anwar Ibrahim tetapi mereka ini walaupun bekas namun bersimpati terhadap perjuangan bekas banduan itu.Adakah ada agenda lain tersembunyi?

Malah Shukur Desa, bekas Pegawai BTN dan keluar daripada BTN untuk bersama-sama Anwar Ibrahim dan pernah katanya ditangkap kerana mengsabotaj kerajaan turut berminat untuk mendapatkan jawatan tersebut manakala Hamsan, bekas Pengarah BTN Johor dan satu bahagian UMNO dengan Ahmad Maslan turut bercita-caita sama.
Apa yang tercatat di atas adalah petikan daripada blog RAK atau Sanggah Tok Janggut