Sempena Perhimpunan Perkasa di Kampung Gajah pada 26 Feb 2011 Sabtu lalu, Tuan rumah yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak YB Dato Tajuddin Abdul Rahman telah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan, pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan dan seluruh ahli Perkasa dan penduduk tempatan yang memberi sokongan kepada program himpunan Melayu ini.
Menurut beliau, kita orang Melayu tak perlu takut untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan ianya tidak menjadi satu kesalahan. Ini kerana kita tidak mengambil hak orang lain.
Pendirian kita jelas dan ianya satu perjuangan yang ikhlas, tiada apa yang perlu dirisaukan dan ditakutkan dengan perjuangan Perkasa ini.
Perhimpuan Melayu ini amat membanggakan dan ianya satu kejayaan besar Perkasa dalam usaha menghimpunan Melayu dan mudah-mudahan kita akan melihat satu perubahan dari segi semangat perjuangan Melayu dalam mempertahankan hak pada masa akan datang,
Terima kasih,
Dato Tajuddin Rahman
MP Pasir Salak.