hidangan yang memalukan |
Inilah gerai yang menjual nasi ayam di atas |
Persembahan hebat, rasa dan aroma tiada |
Ketika jam jam lebih kurang 10.00 malam.
Melihat gerai kopi bernama Fresh Cofee membuatkan rasa teringin nak mencuba.
Menu yang dipamerkan cukup menarik dan menyelerakan. Bila membuat pesanan, penjaga gerai tersebut berkata, "makanan habis yang ada minuman sahaja." hilang 20 persen selera. Cuba pula warung Fama yang menjual nasi ayam di sebelah kanan arah masuk, pun sama juga. Banyak makanan dah tak ada. hilang lagi 20 persen selera.
Bagaimana pun kerana kelaparan pesan juga kopi dan nasi ayam yang masih ada.
Bila pesanan sampai, ia amat menyedihkan. Hidangan nasi ayam yang berharga RM 4.80 ternyata umpama nasi yang nak dibagikan kepada ayam atau kucing. Tiada salad, tiada timun, tiada sos dan nasi dilambakkan begitu saja.
Pesan pula burger dari sebuah lagi gerai, sampai sudah dia tak buat.
Inilah masalah peniaga Melayu di bawah Fama. Dahulu TM pernah menulis mengenai masalah peniaga buah Fama yang bongkak dan lawan Fama.
Kali ini masalah yang timbul di bazar agro Fama ialah mungkin perkara yang sama.
Apa yang dapat dilihat ialah peniaga seolah-olah tidak mengikut arahan dan prosedur.
Harap pegawai FAMA dapat membuat pemantauan dan nasihat terhadap peniaga makanan di situ.
Sedih sangat melihat peniaga yang tak cukup ilmu dan tidak cukup motivasi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.