Selasa, 22 Mac 2011

Anwar cuba alih pandangan rakyat

Umno dan BN mesti berhati-hati dengan isu video panas yang mengaitkan YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Anwar disyaki telah mengupah team atau balaci-balacinya untuk buat isu baru bagi mengalih atau divert perhatian kes mahkamah dan juga hendak mewujudkan rasa marah rakyat kepada kerajaan semasa pilihanraya negeri Sarawak.

Semua rakan-rakan bloggers diseru agar melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Takut kalau kta menari ikut rentak mereka. akhirnya kita yg rugi dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Kronologi Anwar mudah. Beliau upah dua pelakon dan lelaki yang mirip wajah dan tubuhnya untuk melakonkan adegan tersebut.

Kemudian Anwar mengupah Mr T untuk mengadakan sidang media di Carcosa Seri Negara. Kononnya lelaki itu adalah Anwar Ibrahim.

Rakyat akan terus mempersalahkan BN dan kerajaan kerana berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau untuk kali kedua ketiga dan seterusnya.

Yang pelik ialah kenapa Anwar sibuk buat sidang media petang kelmarin. Ini menguatkan lagi bahawa Anwar dan Mr T telah merancang segala-galanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.