Khamis, 17 Mac 2011

Anwar Tidak Perlu Buang Masa Dolak Dalih, Beri Saja DNA… Selesai

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu membuat pelbagai dalih atau helah, apa yang penting serahkan secara sukarela DNAnya kepada pihak berkuasa untuk pemeriksaan bagi meleraikan kemelut identiti DNA lelaki Y dalam kes liwat antaranya dengan Mohd Saiful Bahri.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata jika perkara itu dilakukan segera oleh Anwar, ia boleh memberi banyak manfaat kepada semua pihak termasuk dirinya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Selagi masalah ini tidak selesai, selagi itu kes ini tidak boleh diselesaikan, jika rasa tak bersalah, serahkan saja, mengapa perlu berdolak dalik, dah banyak masa terbuang kerana kes ini.

"Kes ini pun boleh diselesaikan segera dan rakyat tak tertanya-tanya, kes membabitkan banyak pihak, ia bukan sahaja babitkan seorang tapi pihak lain,  ia juga memakan belanja yang banyak, duit itu duit kerajaan, duit kerajaan duit rakyatlah.

"Beliau juga boleh tumpukan perhatian kepada tugasnya, sebagai wakil rakyat di tempatnya di Permatang Pauh serta tugas sebagai Ketua Pembangkang di parlimen kalau dia tidak bersalah, yang rugi rakyat termasuk pengundinya sendiri," katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa bahan bukti yang diperolehi oleh pihak pendakwa kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bahari diambil secara tidak sah daripada barangan miliknya ketika beliau ditahan dalam lokap polis Bukit Aman, baru-baru ini.

Berikutan itu, mahkamah menolak bahan bukti itu untuk dijadikan barangan kes dalam pembicaraan yang sedang dijalankan.

Tajuddin berkata, persoalan utama dalam kes berkenaan adalah untuk mendapatkan DNA yang dituduh tetapi beliau tidak memberi kerjasama menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan kebijaksanaan mereka.  -MediaUMNO.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.