Tatkala  blogger-blogger  pro-pembangkang begitu seronok membincangkan posisi  anak kepada mantan  Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan adik kepada  Najib Razak, Datuk Nazir  Razak sebagai antara individu terkaya di  Malaysia, mereka ramai yang  tidak tahu bahawa individu ke-3 terkaya di  Malaysia ialah Tan Sri Lee  Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu  peneraju pengendali ladang  kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai  AS$3.2 bilion dimana IOI  pernah juga diterajui oleh bapa kepada  Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.Bapa  DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman  merupakan bekas ahli parlimen dan  bekas Setiusaha Parlimen Kementerian  Kesihatan. Selepas beliau bersara,  Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi  IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin  Cheng merupakan pemilik dan pemegang  saham utama.
Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.
Sebelum  Anwar menjadi Menteri, sewaktu  menjadi mudir Yayasan Anda, nama  ayahnya sebagai tokoh korporat tidak  timbul. Bila Anwar menjadi  menteri, terutama sekali sebagai Menteri  Kewangan dan Timbalan Perdana  Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik.  Kini IOI mempunyai hartatanah  yang banyak di berbagai-bagai negeri.  Malah di Sabah saja dikatakan  hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Utusan Malaysia melaporkan pada 19  Jun 1998 sebagai berkata;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Pada 2 Mei 1998,  bapa Anwar, Dato’  Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham  Pengkalen Holdings Berhad  dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen  Incorporated manakala  adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000  saham Pengkalen Holdings  Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham  Penas Corporation.
Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi  Syarikat IOI Corporation.
Berikut adalah petikan jadual dari  majalah Asiaweek  yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang  diterima Ibrahim Abd Rahman.
| 109. Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman | Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd | 3,790,500.00 | 10/6/97 | 
| Lam Soon Huat Development Bhd | 400,000.00 | 4/3/85 | |
| Industrial Oxygen Incorporated Bhd | 2,000,000.00 | 24/04/1993 | 
- sumber mykmu.net
Dilaporkan  semasa Anwar menjadi Menteri  Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,  saham IOI group telah meningkat  secara mendadak.
Puak  pembangkang begitu seronok  bercerita tentang kekayaan ahli  keluarga Tun Dr.Mahathir Mohamad dan DS  Najib Razak, tanpa menyedari  bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan  individu ke-3 terkaya di  Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu  anda kena tepuk dada,  tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh  kaya sehingga hari  ini.
Dari blog