Jumaat, 4 Mac 2011

Berita gempar dari Kerdau

Ingat PRK Ingat BN. Tolak Pas Munafik dan Kuffar
Jika semalam YB Dato Seri Anwar Ibrahim ketar janggut kerana geram dengan Ummi Hafilda, malam ini Anwar kepada lutut kerana berdepan dengan bekas anak emasnya iaitu Rahimi. Pada malam ini Nurul Izzah, Ezam dan Rahimi berada dipentas politik di Jengka 22.

Sementara itu Pengerusi Perkasa Malaysia YB Tuan Hj Ibrahim Ali berada di Rumpun Makmur Kerdau pada jam 10.30 malam ini.

Sementara itu petang tadi calon kitar semula Pas telah dihalau oleh Tok Batin En Rashid di Pulau Sendayan Telok Sentang semasa beliau hadir untuk berkempen.

Masyarakat orang asli di situ tidak mahu kehadirannya kerana ia lebih kepada mengganggu dan mengacau pengundi yang terdiri daripada penyokong BN.