Laporan polis yang dibuat pada petang tadi pula ialah berikutan penayangan video kepada wartawan media di Carcosa Seri Negara. Anwar sejak semalam kelihatan cukup marah dan cukup emosi.
Tak tahu lah apa punca puncanya? Adakah dia terlalu takut untuk berdepan dengan hakim pada esok hari iaitu hari yang menentukan samada hakim akan mengarahkan beliau memberi DNA untuk dibandingkan dengan DNA yang terdapat dalam dubur Saiful.
Peguam Anwar awal-awal telah menyatakan bahawa DNA tidak boleh digunakan dalam prosiding liwat.
Tambahnya lagi tidak ada dalam undang-undang yang menyatakan DNA boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan. Itu kata lawyer buruk Anwar lah. Bagaimana pun kita tunggu esok sahaja.
Anwar juga hanya mampu menarik sebahagian kecil sahaja penyokongnya untuk membuat demo jalanannya hari ini.
Kalau boleh Anwar mahu lihat 200 ribu penyokongnya turut hadir di balai polis untuk membuat laporan polis, Anwar ternyata kecewa kerana tidak berjaya menarik perhatian dan sokongan umum.
Begitu mudah Anwar mengaitkan nama Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kononnya menjadi dalang dalam penyebaran video lucah tersebut.
Pelik sungguh sikap Anwar kali ini, begitu cepat panas baran dan begitu cepat pula melatah. Baru satu hari meletop kisah video, beliau terus buat laporan.
Ummi Hafilda sudah beberapa bulan membalun, menghentak , membogelkan perangai buruknya kepada umum melalui ceramahnya diseluruh negara. Paling dahsyat apabila Umni mengejar Anwar dalam ceramahnya di PRK Kerdau.
Bila berdepan dengan Ummi , Anwar menjadi kaku dan kelu. Suaranya sumbang, terketar-ketar dan hilang fokus. Tak sampai 20 minit berucap Anwar lari pergi ke tempat lain, Ummi juga berhenti dan mengekori Anwar sampai ke Felda tempat Anwar berceramah. Sekali lagi Anwar kantoi dek kerana Serikandi 7 Ummi Hafilda. Itu kisah di Kerdau.
Ummi meneruskan agendanya untuk membogelkan Anwar untuk beberapa bulan lagi. Sayangnya dan begitu hairan nya TM kenapa Anwar tidak berani membuat laporan polis atau membuat sidang media bagi menafikan segala tuduhan Ummi Hafilda?
Ataupun Anwar menggunakan peguamnya untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang tindakan Ummi Hafilda daripada terus mengkritik tingkah laku buruk Anwar sepanjang 13 tahun.
Senyuman anak Anwar |
Dalam pada itu, Anwar sebenarnya amat menyayangi dan menggilai Ummi. Mungkin itu lah puncanya Anwar masih mampu bersabar dan berdiam diri walaupuan dirinya dikritik dan dibelasah hebat oleh Ummi.