Rabu, 23 Mac 2011

Dah tangkap Dato T ?

Isu video yang membabitkan ketua pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim masuk hari ke 3.

Petang kelmarin Anwar telah membuat laporan polis. Tak tahulah apa bentuk laporan yang dibuatnya kerana ia tidak didedahkan kepada umum.

Yang pasti ialah isu Dato T. Malam tadi Dato T berkata beliau tidak akan menyerahkannya kepada pihak polis. Kenapa? Adakah Dato T takut kepada Polis?

Yang pasti ialah Dato T sudah melakukan satu kesalahan kerana menyimpan dan menayangkan kepada media walaupun secara tertutup.

Polis perlu bertindak cepat untuk menahan dan menyiasat apakah motif sebenar atau agenda Dato T.

Jangan biarkan rakyat keliru dengan isu yang dengan sandiwara ciptaan Anwar.

Silap langkah Anwar akan berjaya memutar belitkan isu video untuk meraih simpati rakyat Sarawak seperti yang dilakukan oleh Parti Keadilan pada PRU 1999 sewaktu awal penubuhannya. Pas dan Dap juga akan mendapat keuntungan dengan menumpang isu Anwar Ibrahim.

Rakyat Sarawak sedang mengikuti perkembangan isu video lucah Anwar untuk menjadikan penentu kepada pilihanraya negeri.

Jika Dato T tidak ditahan, Anwar mungkin akan mengeluarkan isu baru minggu depan.

Ini benar kerana Anwar ada bukti 6 kotak rahsia kerajaan yang disimpannya sejak dipecat dahulu.


Sumber : syukurdesa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.