DNA memang sah hak aku! |
Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan dalam sel lokap tahanan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, mulai pukul 11.05 malam, 16 Julai 2008 hingga pukul 8 pagi, keesokannya.
Menurut Pegawai Penyelia Lokap D9, DSP Yahya Abd. Rahman, Anwar ketika itu dibekalkan dengan bungkusan mengandungi berus gigi, ubat gigi, tuala kecil 'good morning' dan sebuku sabun.
Saksi itu juga menyatakan Anwar turut dibenarkan membwa masuk satu botol air mineral dan dua helai tuala mandi.
Perbicaraan bersambung pada jam 2.45 petang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.