Rabu, 23 Mac 2011

Drama berjudul "Anwar Peliwat" akan menutup tirai tak lama lagi

Setelah isu DNA selesai, OKT YB Dato Seri Anwar Ibrahim hampir pasti akan diarahkan untuk membela diri. Pada pandangan ramai rakyat Malaysia , kes liwat tersebut ada prima facie dan OKT akan dihukum. Saiful juga kemungkinan besar akan menerima juga hukuman seperti mana Sukma Darmawan. Kita harap Saiful yang pasif tidak akan dituduh bersalah oleh mahkamah. Ini kerana dia  mangsa dan bukan pemangsa.

Satu Suruhanjaya Diraja mungkin ditubuh dalam masa terdekat untuk membuktikan kesahihan lelaki yang didedahkan oleh Dato T hari ini.

Harap Anwar dapat menenangkan diri dan jangan gelabah, biarkan undang-undang negara mengambil tempat, jika Anwar berada dipihak yang benar , beliau tak perlu takut kerana semua maklum bahawa beliau mempunyai sekeping hati yang kering dan hitam, berani menghadapi segala risiko.

Kepada YB Dato Seri Hadi Awang juga jangan begitu cepat melatah. rakaman kamera sudah cukup untuk membuktikan kesalahan. tak perlu cari 4 saksi, kerana ia bukan menuduh tetapi satu pendedahan.

Kalau benar Anwar nak melakukan aktiviti tersebut tak mungkin dia akan mengajak Hadi Awang dan Nik Aziz untuk menjadi penonton.....setuju kan? Mesti dia buat secara senyap-senyap dan penuh rahsia.

Kenapa Anwar dan Pas takut dengan Suruhanjaya Diraja? Mungkin rakyat tidak akan lupa peristiwa wanita cina dibogelkan dan diarah untuk ketuk ketampi oleh polis. Dap mendesak Tun Abdullah Badawi menubuhkan Suruhanjaya Diraja. begitu juga dengan isu rakaman VK KLinggam.

Oleh itu , wajarlah Dato T dan rakyat Malaysia mengesyorkan satu suruhanjaya untuk menyiasat ketulenan video tersebut. Apa nak kecoh kecoh.

Bila nak jatuh hukum kes liwat tu? Jangan jadi Alias Conggo dalam cerita Madu 3 sudah lah.