
Bercakap dalam  satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu  perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz  Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.
Turut hadir di  sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi  anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio  - ialah ahli  perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.
Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.  
Video  seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks  dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang  juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan beliau  adalah lelaki dalam video tersebut.
Sementara itu, Abdul  Rahim turut mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh  melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara  luar."Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.
Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan kes merogol pada 1994.
Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.
Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.
"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selerohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 50 pemberita dalam dan luar negara
