Dulu bila PDRM buat sekatan jalan raya untuk menyerahkan surat saman , ramai yang merungut kerana masa perjalanan mereka tergangu dan mereka perlu kejar projek yang bernilai jutaan ringgit. Mereka menyeru agar dibuat saja saman ekor.
Bila saman ekor diteruskan maka ramai pula yang komplen kerana pada masa dan ketika mereka tidak menggunakan kenderaan tersebut. Ada juga kes pemilik motosikal cub 70cc kena saman kerana memandu melebihi had laju .
Kes sebegini memang wujud kerana mereka menggunakan nombor pendaftaran palsu. Cuma cadangan TM setiap kali disama pihak Polis sebaiknya print out atau paste kat ke internet gambar kenderaan tersebut supaya ia lebih telus dan betul.
Hari ini kita membayar sama berdasarkan semaka di internet dan di balai polis tanpa bukti yang kukuh dan jelas.
Jika dah jelas kita kena saman silalah bayar. nak tangguh buat apa. Ingat juga lah bula Mac ialah bulan mengisi borang cukai pendapatan.
promosi saman traffic dilanjutkan sehingga 10 mac...dilanjutkan atas permintaan ramai..sebab ramai yg masih tak sempat bayar walau promotion ni dah start dari bulan august..baik kan hati kerajaan m'sia?itu pun rakyat m'sia still ada yg buta lagi..apa nak buat kalau kerajaan buat salah teruk kene bantai..bila kerajaan buat baik pulak tak tahu nak hargai..ish ish ish..manusia ni memang ungrateful..
Mengenai saman pula, elok lah berterima kasih kerana kerajaan tidak terlalu rigid dalam hal ini. Di USA kalau tak bayar ganti buku perpustakaan yang hilang, nak buat apa pun tak boleh selagi tak bayar denda buku yang hilang.
So kepada rakyat Malaysia, fikirkan kesalahan sendiri juga dan jangan nak menyalahkan kerajaan sahaja.