PROF DR SIM KUI HIAN MULA TURUN PADANG, VIOLET YONG KEBINGUNGAN
Presiden  SUPP sebelum ini telah mengumumkan Prof Dr Sim Kui Hian sebagai calon  BN-SUPP bagi merampas DUN Pending yang ketika ini dipegang DAP.
Ketika  mengumumkan Prof Dr Sim Kui Hian sebagai calon BN-SUPP di DUN Pending,  penyandang DUN Pending, Violet Yong gelisah memikirkan situasinya pada  Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Ini disebabkan, selain Prof Dr Sim  Kui Hian yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan hubungan mesranya  dengan rakyat sepanjang perkhidmatan beliau sebagai doktor di bahagian  kardiolgi Hospital Umum Sarawak. 
Penglibatan  Prof Dr Sim Kui Hian dalam politik bukanlah sesuatu yang asing bagi  dirinya memandangkan ada di kalangan ahli keluarganya yang pernah  terlibat dalam politik. Justeru, sebagai pengamal perubatan yang  terlibat dalam politik, Prof Dr Sim Kui Hian menganggap penglibatannya  dalam politik bukanlah penamat ke atas kerjayanya. Malah bidang politik  yang akan diceburinya itu nanti akan mendekatkan beliau dengan rakyat  khususnya menyumbangkan pengalamannya dalam bidang perubatan.
Mengenali  Prof Dr Sim Kui Hian secara lebih dekat bukanlah perkara yang sukar.  Memandangkang beliau seorang yang mudah didekati dan cepat mesra  membuatkan ramai tidak menyangka bahawa beliau adalah seorang doktor  yang amat disegani di seluruh dunia. Selain mempunyai personaliti yang  menarik dan bebas daripada sebarang tuduhan negatif, Prof Dr Sim Kui  Hian juga seorang sukarelawan yang sangat prihatin.
Ditanya  mengenai lawan yang juga penyandang DUN Pending, Prof Dr Sim menyatakan  Violet Yong telah menjalankan tugasnya dengan baik, namun dengan adanya  BN di DUN Pending pasti akan lebih baik. Pembangunan yang terdapat di  DUN Pending ketika ini adalah hasil daripada perjuangan BN dan DAP hanya  ‘menumpang’ sahaja. Menjadi kelaziman DAP, mereka hanya sebagai parti  pendesak sahaja walaupun insiden yang dilaporkan itu tidak mempunyai  sebarang perkaitan. Dengan harapan, insiden yang dilaporkan akan  mendapat perhatian dan meraih simpati rakyat.
Selepas  ini, Violet Yong pastinya akan memikirkan strategi lain pula dalam  menghadapi Prof Dr Sim di DUN Pending. Berasaskan kepada calon yang  diketengahkan BN-SUPP, nescaya BN berpeluang cerah merampas DUN Pending  daripada DAP. 
Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/03/prof-dr-sim-kui-hian-mula-turun-padang.html#ixzz1GYW5oC7K

