Ahad, 13 Mac 2011

KISAH ORANG PAS YANG KURANG AJAR DAN TAK ADA AKAL

Cerita ini sudah lama berlaku tetapi seorang kakak tu baru saja menceritakan hal ini kepada TM dalam satu perjumpaan minum malam di rumah rakan selepas selesai satu program ceramah politik oleh Ustaz Kamal Saidin.

Cerita mengesahkan perangai buruk orang Pas yang datang nak mengambil wang bantuan Yayasan Perak yang diberikan kepada anaknya yang baru masuk ke IPT tahun lalu.

Dalam program penyampaian wang tersebut, terdapat beberapa program lain seperti pameran kerjaya, peluang belajar dan bermacam-macam acara lain. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato Seri Nazri Aziz.  Sewaktu majlis bersiap-siap untuk menyambut ketibaan Nazri Aziz , si bahalul bin biadapa Pas ini telah bising-bising kepada kakitangan Yayasan Perak.

Buat bising dan mahu pihak pengurusan segera memberikan wang kepadanya sambil mulut celuparnya mengatakan duit tu bukan duit Umno punya, itu duit rakyat. minta cepat, buang masa nak dengar ceramah politik. .

Inilah manusia hasil tarbiah Pas. Lahirlah manusia yang kurang ajar dan biadab walaupun kopiah atas kepala.
Bila mahu duit, kata itu wang rakyat. Selama ni langsung tidak menghargai apa jua usaha kerajaan. Baginya Pas juga mampu buat kalau Pas jadi kerajaan. Dia lupa bahawa rakyat telah memberi mandat kepada Umno dan BN untuk mentadbir negara. Oleh itu segala usaha kerajaan adalah usaha Umno/BN,

Harap Pas apa yang dapat dibagi oleh mereka, tolong habaq sat? 11 bulan Nizar Jadi Menteri Besar, adakah dia bagi? Yang ada ialah melingkup harta kerajaan negeri yang ditinggalkan oleh BN. Dapat kat Nizar, pakat-pakat beli Camry.

Tak kah itu duit rakyat? tetapi orang Pas pandai pulak bela pembelian Camry, kononya itu bukan duit Umno tetapi duit Pas. Sebab tu lah Allah tak mengizinkan Nizar jadi MB sampai tamat tempoh . Ini kerana Allah benci dan memberi kerahmatan kepada Nizar untuk jadi ketua kerajaan.

Tadi TM berjumpa orang Pasir Panjang. beliau memaklumkan bahawa Nizar langsung tak ambil peduli hal dan aduan rakyat. Sekali ini orang kampung tak mahu lagi percaya cakap penipu dan pembohong, Nizar dalam Pru 12 menyeru kepada orang Melayu supaya menolak calon kapir dan mengundi kapir adalah haram.

Maka kalah lah calon Mic yang bertanding mewakil BN di  Pasir Panjang dan keraja undang-undang tubuh kerajaan Perak dan dengan Dasar Ekonomi Baru, Nizar dikatakan paling berkelayakkan untuk menjadi MB. Jika tidak kerana dasar Ketuanann Melayu, Nizar tak akan merasa langsung jawatan MB Perak.

bersambung/___