Sabtu, 19 Mac 2011

Konvensyen BN Perak


Seramai 2,100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak menyertai Konvensyen BN peringkat negeri yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island Teluk Muroh, Lumut hari ini.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir ketika ini telah merasmikan konvensyen tersebut pada jam 10.45 pagi tadi. Konvensyen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Pengerusi Konvensyen BN, Datuk Ramly Zahari berkata, konvensyen berkenaan diadakan berikutan arahan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu ia diadakan sebelum 31 Mei tahun ini.

Beliau berkata, konvensyen akan disertai oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senator dan Ketua UMNO bahagian di negeri ini.

Katanya, konvensyen bertujuan memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu, mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dengan tenteram.

“Selain mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama serta berusaha mengeratkan hubungan antara parti,” katanya pada sidang akhbar di pejabat BN negeri di Ipoh, hari ini.

Ramly yang juga ahli Exco kerajaan negeri berkata, konvensyen ini jelas dalam memastikan BN terus mantap untuk menghadapi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

“Ini bermakna BN Perak bersiap sedia bagi menghadapi PRU ke-13 pada bila-bila masa,” katanya.

Menurut beliau, beberapa tokoh BN seperti bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Ong Ka Chuan; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menyampaikan ucapan di konvensyen itu.


Hadir sama kata Ramly, pemimpin parti komponen BN seperti Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pengerusi MIC Perak, Datuk S. Veerasingam.

Dr Zambry akan menutup dan menggulung konvensyen berkenaan pada sebelah petang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.