Jumaat, 4 Mac 2011

Pas dakwa Pahang bakal bankrupt

Dalam kempen Pas di Kerdau , Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengurusan kewangan negeri Pahang amat buruk dan negeri hampir bankrupt.  Kerajaan Pahang juga menghadapi banyak saman daripada syarikat-syarikat balak dan sebagainya.

Pahang digambarkan terlalu uzur dan daif oleh Pas. Tak apa lah itu kata mereka. Mari kita lihat pula cerita ni.

TM nak ajak pembaca Pas yang rajin membaca blog in dan yang rajin komen. TM nak tanya satu soalan saja. Jika terdapat sebuah syarikat yang mempunyai sistem kewangan yang runcing dan sahamnya merudum di bursa saham , mahukah tuan-tuan melabur atau mengambil alih syarikat berkenaan?

Pas sebenarnya melihat Pahang sebagai sebuah negeri yang baik dan kukuh dari segi kewangan dan ekonominya. Oleh itu Pas berminat untuk merampas negeri tersebut, tetapi apakah cara untuk mengambil alih ?

Caranya ialah melemparkan fitnah bahawa Pahang dalam diambang muflis. Kalau Pahang hampir muflis kenapa Pas teringin untuk menanggung segala liabaliti nya. Tidak kah Pas terasa ia satu bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Pas. Tidak kah Pas terasa mereka akan dibebani hutang yang berbillion-bilion? Adakah Pas sanggup mendukung biawak hidup?

Jadi disini kita nampak tembelang dan niat jahat Pas yang sebenarnya. Pahang merupakan sebuah negeri yang kukuh dari segi ekonominya. Oleh itu Pas berhasrat untuk menawannya.

Memang celaka sungguh niat dan cita-cita Pas. Sanggup menjadi munafik semata-mata untuk memenuhi cita-cita mereka.