Jumaat, 4 Mac 2011

Lagi cerita kemunafikan Pas.

Dalam posting TM sebelum ini, ada menceritakan Pas hanya sibuk apabila ada kematian, bila arwah masih hidup dan terkangkang dikatil hospital orang Pas tak ambil tahupun. Kesian kakitangan hospital yang makan makan gaji dengan kerajaan zalim yang menjaga makan minum dan berak kencing mereka.  Lima enam bulan dikatil hospital tak ada pun wakil rakyat Pas yang melawat dan bagi bunga, atau beli lampin, atau beli susu ka, milo ka dan apa-apa sajalah sebagai buah tangan.

Kalau  tiba hari-hari perayaan YB Umno lah yang turun melawat mereka yang sakit. dan Ngo yang datang untuk meraikan mereka. Pas hanya sibuk dengan ceramah mereka.

Bila ada pesakit yang mati dan dibawa balik ke rumah, barulah Pas sibuk nak menguruskannya. YB Pas sibuk nak usung keranda untuk diambil gambar, sibuk terjun ke dalam liang untuk dirakam gambarnya. Sibuk minta nak baca talqin ala Pas, semuanya nak cari nama kononnya mereka lebih baik dari Umno.

Dakwaan TM ternyata menjadi kenyataan hari ini apabila Yuhaizat sibuk nak pegang pengusung untuk dirakam gambarnya dan hilang sejurus selepas jenazah dibawa ke kubur. Dalam Islam, jika ada kematian kita hendaklah hadir untuk menguruskan jenazah sehingga ke kubur.

Ini amat berbea dengan Pas, mereka hanya sibuk jika yang mati itu orang Pas. Kalau bukan Pas mereka tak pedulu.

Ia nya terbukti berlaku di Kampung Expo Kamunting. Dua individu yang kuat dalam Pas iaitu Othman Noh dan Manolito Dahlan adalah dua orang Pas yang hanya hadir jika simati adalah orang Pas.  Hujung tahun lepas terdapat dua kematian, seorang ialah jiran sebelah rumah Othman Noh yang juga mempunyai pertalian persaudaraan yang dekat. Beliau boleh menyembunyikan diri dalam rumah. Apakah itu sifat seorang mukmin?

Manolito Dahlan juga merupakan Kadi Daerah Kerian juga bertindak seperti Othman Noh, jiran yang sebaris dengan rumahnya pun tidak diziarahinya. Pada hal dalam ceramah atau kuliah agama bukan main labunnya dalam hidup berjiran dan menjaga hubungan baik dengan jiran- Poorah

Inilah sifat munafik Pas.