1. Kalau kita lihat posting di FB dan twitter pemimpin2 PAS/PKR bukan main mereka berkobar-kobar
mengharapkan kejatuhan Kerajaan Gaddafi di Libya. Apakah tujuan mereka ini? Tahukah Pak Kaduk-Pak Kaduk pembangkang
ini apa yang berlaku di Libya sekarang tidak sama dengan apa yang berlaku di Tunisia atau Mesir?
2. Lebih kurang 2 hari yang lalu, geng-geng zionis (PNAC) di Amerika yang bertanggungjawab menyebabkan
penjajahan negara Islam di Iraq dan pembunuhan berjuta rakyat dan kanak-kanak Iraq telah menggesa agar
tentera Amerika dibawa masuk ke dalam Libya bagi menjatuhkan Kerajaan Gaddafi.
Sumber Al Jazeera : http://tinyurl.com/6ybqpsj
3. Selepas itu Hillary Clinton, Secretary of States US telah berikrar akan menawarkan segala bentuk bantuan kepada
pihak pembangkang yang berpangkalan di Benghazi, timur Libya.
Sumber Jerusalem Post : http://tinyurl.com/6hxthvg
4. Kerajaan US telah mengiktiraf Libyan National Council yang ditubuh beberapa hari lalu sebagai Kerajaan Baru Libya berpusat di Benghazi, timur Libya.
Sumber Al Jazeera : http://tinyurl.com/4k4o5o3
Cuba bandingkan apa yang berlaku di Mesir dengan di Libya:
a) Sampai hari ini (lebih dari 1 bulan), adakah kita lihat pihak pembangkang di Mesir spt Ikhwan Muslimin menjadi Kerajaan baru Mesir?
Zionis mengambil masa x sampai 4-5 hari sahaja utk support Kerajaan baru di Libya.
b) Adakah kita melihat Amerika mengenakan sekatan ekonomi ke atas Kerajaan Tentera di Mesir sekarang?
Zionis mengambil masa 3 sahaja untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Libya.
c) Adakah kita melihat geng-geng Zionis spt PNAC menyuruh menghantar Tentera Amerika untuk "selamatkan rakyat" di Mesir, Jordan, Bahrain?
d) Adakah Amerika membekalkan senjata dan bantuan kewangan kepada penduduk Mesir yang berdemo setiap hari di Tahrir Square?
Di Libya, Amerika bukan sahaja memberi bantuan kewangan tetapi juga senjata bagi melawan Kerajaan Libya.
5. Tidakkah pihak pembangkang sedar atau berasa curiga dengan apa yang berlaku di Libya? Mungkin sebab Paul Wolfowitz (salah seorang anggota PNAC)
merupakan rakan karib seorang "Pemimpin Anugerah Tuhan" di dalam Pakatan, mungkin sebab itulah hal ini sengaja disembunyikan. Allahualam...
6. Semalam, terdapat khabar kuat di kalangan diplomat di PBB Amerika akan menggunakan tentera Laut mereka untuk menembak kapal terbang serta mengebom
kereta kebal tentera Libya di bawah Gaddafi. Kini ianya menjadi kenyataan. US telah pun membawa masuk Kapal Laut Perang mereka ke Laut Merah bagi melindungi
Kerajaan Boneka mereka di timur Libya.
Sumber : Wall Street Journals - http://tinyurl.com/66r4rht
7. Akak memahami motif kenapa beliau menafikan kewujudan pihak Zionis ini dalam krisis di Libya. Pihak pembangkang di Malaysia ingin menggunakan momentum
di Libya untuk dibawa ke Malaysia untuk menanam rasa benci terhadap Kerajaan Malaysia. Pihak Pakatan sedar mereka perlu mencari modal politik baru
untuk menutupi masalah dalaman parti yang berlaku.
8. Apakah PAS dan PKR tidak sedar? Tak mungkin. Akak sendiri ada beritahu pemimpin PAS tetapi respon dia ialah akak agen CIA yang hendak sabotaj gerakan
menjatuhkan Gaddafi...hahahaha. Beginilah mentaliti mereka. Bodoh berlagak sombong!
9. Sedarlah, apa yang berlaku di Libya kini tidak sama dengan apa yang berlaku di Tunisia atau Mesir. Tak masuk akal! Di Tunisia rakyat marah kerana
walaupun ekonomi baik tetapi "UNEMPLOYMENT" tinggi (15%) dan "GDP per capita" cuma $9000 sahaja. Di Mesir rakyat marah kerana walaupun ekonomi baik,
"INFLATION" tinggi (13%) dan "GDP per capita" juga rendah ($5000). Ditambah dengan berlakunya revolusi gerakan Islam di Mesir itulah penyebab jatuhnya Kerajaan Mubarak.
10. Di Libya, inflasi (< 1%) dan unemployment (same with US/Italy) merupakan antara yang terbaik. Literacy rate juga tinggi. 90% penduduk tinggal di bandar-bandar. GDP per capita $15,000 spt Malaysia.
Jadi apa yang berlaku? OIL atau dalam bahasa melayunya - MINYAK. Penjelasan lanjut di bahagian komen di bawah...
Apa-apapun TAHNIAH la kepada PAS dan PKR kerana menyokong penjajahan sebuah lagi Negara Islam. Hidup Anwar! Hidup Wolfowitz!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.