Khamis, 24 Mac 2011

Tirai pentas lakonan skandal sex Anwar kini telah dibuka untuk dipertontonkan

Apabila berita tayangan pita rakaman disiarkan kepada beberapa individu media di Carcosa Seri Negara , timbul soalan pokok, siapa Dato T?.

Rata-rata penulis blog menuduh bahawa ia ciptaan Anwar. Watak Dato T direka oleh Anwar untuk mengelirukan rakyat kononnya satu lagi konspirasi Umno.

Sidang media yang dibuat petang Isnin menguatkan lagi andaian bahawa Anwar menggunakan klonnya atau manusia yang seiras dengannya untuk membuat lakonan tersebut.

Bagaimanapun setelah desakan media bloggers, akhirnya Dato T atau Mr T mendedahkan wajah mereka.

Ramai orang mengenali Tan Seri Rahim Thamby Chik tetapi tidak kepada Dato Eskay. TM mengenali Dato Eskay melalui aktiviti permotoran. Pernah berkonvoi bersama. Seorang konsulat Thai yang menetap di Kedah. Memang seorang yang baik dan pakar fisioterapi sukan Olimpik 84 dahulu.

Berbalik kepada isu video tadi, seorang rakan yang turut menonton rakaman tersebut telah bersumpah dengan nama Allah bahawa lelaki itu sah ialah Anwar Ibrahim dan bukan lagi klonnya.

Oleh itu tiada lagi cerita konspirasi. Terperangkap atau masuk perangkap, itu tidak menjadi soal. Tembelang sudah pecah. Bau busuk tidak dapat ditutup lagi.

Anwar dan pecacainya seperti Saifuddin cuba menyalahkan pihak hotel dan Dato T kerana kononnya mengedarkan rakaman tersebut. Itu salah.

Hotel hanya menyediakan tempat dan tak menasabah untuk pihak hotel bertanya apa tujuan apa benda yang nak ditayang.

Tak pernah dibuat orang. Tak tahulah jika ada hotel milik Anwar akan soal selidik dan memeriksa satu persatu item yang akan disiarkan di skrin.

Ok. Selepas bab hotel. Masuk bab pengedaran. Saifuddin kata ia telah diedarkan, tetapi ternyata ia salah kerana setakat hari ini tiada pun tersebar. Ia berbeza dengan video CSL yang tersebar secara senyap dahulu.

Dato T bertindak betul dan bijak. Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Sekarang polis boleh mengambil tindakan dengan cara bijaksana seperti kata Menteri KDN iaitu H2O.

Luka bertambah parah. Tuduhan Lim Guan Eng dalam ceramahnya pernah menuduh bahawa Anwar ada 26 wanita dan Ummi Hafilda pun berkata ada 18 lagi rakaman video. So... Anwar dah kantoi....

Tunggu saja apa pula tindakan Pas. Apakah Pas terus-terusan akan menumpang popolariti Anwar yang ternyata sudah tercemar?

Disini kita akan lihat sejauh manakah keislaman Pas yang sebenarnya.

Tirai pentas yang dibuka pasti akan ditutup apabila pertunjukkan selesai.

Sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.