Obama sendiri mempunyai 3 juta pengikut melalui twitter , ini belum masuk yang menumpang laluan twitter rakan lain, difahamkan setiap kali Obama twit, lebih kurang 26 juta pengguna twitter dapat membaca mesej yang disampaikannya. [multiplying factors]
Di Malaysia sahaja pengguna twitter semakin hari semakin meningkat, walaupun facebook masih lagi mendominasi medium ini, tetapi mereka yang telah mencuba twitter akan dapat merasakan kesannya lebih hebat daripada facebook dan blog.
Sebagai contoh, apabila TM menulis blog belum tentu mesej dapat disampaikan kepada pihak pembangkang, tetapi dengan twitter TM dapat berhubung terus degan Nizar Jamaluddin, Nurul Izzah, Khalid Samad, Tantawi, Anwar Ibrahim dan ramai lagi.
Sayangnya amat sedikit pemimpin BN yang menggunakan twitter, padahal ramai daripada mereka mempunyai telefon yang canggih seperti blackberry, samsung galaxi, i phone, nokia dan bermacam-macam lagi yang ada dipasaran.
Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun ke dalam telefon dan para pemimpin boleh dihubungi atau menghubungi rakyat 24 jam sehari tanpa gagal. Cuma mungkin lah ada segelintir pemimpin BN yang sengaja tidak mahu membuka akaun twitter kerana ia mungkin menyusahkan mereka.
Di Perak, ramai pemimpin-pemimpin BN mempunyai laman blog, facebook tetapi masih ramai yang belum mempunyai akaun twitter. Malah Dr Zambry sendiri pada pengamatan TM masih belum mempunyai akaun twitter.
KISAH KEDUA; Pergaduhan GAP, PapaGomo dan House PK.