Selasa, 12 April 2011

Apoo Mayoh oheang ( Wah Ramai Orang)










Di atas adalah suasana ceramah Anwar di Kampung Pinang Jawa , Jalan Bunga Tanjung Sebentar tadi...
Seperti biasa topic biasa mengenai pucuk pimpinan negeri Sarawak dan pembangunan dimainkan...

Pempuan yang bertudung kuning tu exco atau menteri negeri Selangor iaitu Yb Roziah Ismail , dari mula ceramah beliau mengutuk pemerintahan Negeri Sarawak dan memuji cara pemerintahan negeri Selangor dan menurut  beliau Selangor FREE rasuah!

Beliau berjanji akan membawa keadah pemerintahan negeri Selangor ke Negeri Sarawak!!!!
 Tadi juga calon PKR Tupong Baharudin Mokshen telah dilantik mereka menjadi yb ADUN N6 Tupong dengan gelaran Datuk manakala Anwar dilantik menjadi PM...penin juak palak pikir , belum betanding gik...mungkin untuk memotivasi calon.? tak lak alehkayong risau sangat.

Tapi yang merisaukan alehkayong adalah     :
  MANIFESTO PRU 12 MEREKA LAGI MASIH TIDAK DILAKSANAKAN.(Kerajaan Negeri Selangor)
1)      Janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
2)      Elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan.
3)       Elaun anak yang memasuki pusat asuhan kanak-kanak, RM 75 sebulan.
4)      Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
5)      Elaun khas ibu tunggal.
6)       Bantuan kewangan untuk anak muda ingin berkahwin.
7)      Bantuan geran untuk perniagaan.
8)      Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.

   PENYELEWENGAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR.

1)      Perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor yang dimurkai oleh Sultan Selangor berjumlah RM800,000.
2)      Laporan audit yang terbaru  menunjukkan kos menyelenggara 9 buah bas dan 6 kereta Yayasan Selangor berjumlah RM6 juta.

Waduh waduh hancurlah Sarawak tiru ini!!!! belum cita pasir dahlah Sarawak banyak pasir .....

From Alek kayong