Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk pengundi di Sarawak menentukan kerajaan BN terus mentadbir negeri bertuah ini.
Ingat lah sejak 46 tahun merdeka melalui Malaysia, bersama Sabah , bumi kenyalang telah memperolehi kemakmuran dan kemajuan yang tidak terhingga.
Pengundi Cina di bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu, Miri , Bintangor dan beberapa daerah yang diwakili oleh parti rasis DAP hendaklah menolaknya dan terus menyokong BN untuk meneruskan agenda pembangunan.
Ingatlah masa susah dahulu, dimana Dap, Pas dan Pkr?
Apa kah mereka dapat membangunkan Sarawak dengan janji-janji mereka. Lihatlah Selangor, Pulau Pinang yang dikuasai Dap. Semuanya sudah jadi negara gangster.
Sibu satu ketika dahulu pernah dimenangi oleh Dap dalam kerusi Parlimen pada tahun 1982, lihat apa jadi. gangster bertambah dan jenayah bertambah. Pengundi Sibu telah membuang Dap pada 1986 dan Sibu kembali aman dan bersih.
Cuma PRK Mei 2009 Dap berjaya merampas kembali Sibu dengan bantuan gangster dari Pkr dan Pas yang datang dari Semenanjung.
Sibu sudah ramai jutawan, sudah ramai bijak pandai, semuanya kerana BN. Federal dan State Gov bekerjasama membangunkan Sarawak dari Sematan sampailah ke Lawas semuanya sudah membangun.
Lagi mau maju dan maju? Sokong dan undi BN.