Sabtu, 16 April 2011

Azmin membulak lagi

Laporan yang diterima dari rakan di Ba Kelalan bahawa pusat mengundi dibeberapa peti undi hanya akan ditutup pada jam 5 petang.

Azmin sengaja buat cerita gempar kononnya PKR sedang menuju kemenangan besar lebih-lebih lagi kawasan Baru Bian .

Semalam Dato Zulkifli Nordin berada di Ba Kelalan , Long Semadoh (kampung Baru Bian), Long Lopeng (kubu kuat Baru Bian) .

Di Long Semadoh beberapa orang pemuda PKR datang mendengar ceramah beliau.  Di Long Lopeng pula seorang pemuda penyokong kuat Baru Bian cuba menghalau ceramah Dato Zulkifli kerana tak tahan mendengar cerita Zulkifli mengenai bekas bossnya Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun orang ramai tidak melayan karenah pemuda tersebut dan ceramah diteruskan sehingga selesai.