Jumaat, 1 April 2011

DAP akan kecundang di Bukit Assek dan Meradong

Berikutan kemenangan DAP dalam PRK Sibu Mei 2009, memberikan sedikit keyakinan kepada DAP untuk menambah kerusi di Lembah Rejang.

Menjadi rebutan ialah enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti kaum Cina di Lembangan Rajang - Bukit Assek, Pelawan, Dudong, dan Bawang Assan di Sibu; Meradong di Bintangor dan Repok di Sarikei.

DAP memenangi dua daripada enam kerusi itu -- Bukit Assek dan Meradong -- pada pilihan raya negeri 2006 dan kalah tipis di Pelawan, Dudong dan Repok.

Penganalisis politik Prof Dr James Chin dari Monash University berpendapat DAP pasti akan menumpukan pada kerusi berkenaan kerana "tidak akan menjadi masalah bagi mereka untuk mengekalkan kebanyakan kerusi yang dimenangi mereka di Kuching pada pilihan raya lepas".

Menurutnya, kemenangan DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu tahun lepas menandakan peningkatan sokongan kepada parti itu.

Pemimpin DAP negeri berkongsi pandangan yang sama tetapi enggan mendabik dada mengenai peluang mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata terdapat banyak faktor yang boleh menjejaskan persiapan walaupun parti mengharapkan prestasi terbaik sejak 1987 apabila parti pemerintah hampir dinafikan majoriti dua pertiga.

"Kami perlu bersikap realistik, kami berdepan dengan pasukan yang kuat, kekurangan sumber berbanding dengan jentera pilihan raya BN yang serba lengkap. Lagipun, kebanyakan penduduk Sarawak masih tidak dapat menerima hakikat sekiranya (pentadbiran) negeri ini tanpa (Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul) Taib (Mahmud)," katanya.


Pada penilaian TM lain pula, dalam perbualan dengan penduduk Bukit Assek dan Maradong, mereka kecewa dengan wakil rakyat DAP ini yang hanya berjumpa rakyat sewaktu pilihanraya sahaja. Pengundi diberikan wang untuk mengundi mereka. tetapi tidak berminat untuk membantu atau menyampaikan suara dan hasrat rakyat di dewan persidangan.

Rakyat yang memerlukan bantuan , sukar untuk menemui mereka. Orang Iban yang banyak menyokong mereka dalam PRU 2006 juga kecewa dengan janji-janji penipu Dap.  Ambil cntoh Adun Bukit Assek minta untuk beliau menyuarakan hasrat rakyat tentang isu tol jambatan Lanang yang sengaja dijadikan modal politik. Selepas menang tak ada apa pun yang dibuatnya. Itu lah luahan penduduk yang tidak berpuas hati dengan Adun Dap di Maradong.

Di Maradong, kerajaan BN juga lah yang membina jalan pintas daripada Bintangor ke Sarikei. malah sebuah jambatan bernilai jutaan ringgit dibina untuk menghubungi dua bandar tersebut.


Sebaliknya kerajaan BN juga yang berusaha menambah baik dan membawa kemajuan kepada penduduk kawasan Bukit Assek Lanang , Sibu.dan juga di Bintangor.