Salah satu soalan yang Gomo tak sebut ialah polis akan bertanya nama bapa , nama datuk dan moyang sebelah ayah dan ibu. Betul kan Papa ?
TM pun pernah disoala siasat tetapi bukan kes blogging, tetapi kes satu laporan polis mengenai kes penderaan, Ingat bila kita buat report semuanya selesai, rupanya panjang cerita, kena mengadap pegawai lagi atas untuk dicatat segala keterangan kita,
Bukan senang kerja polis. Kadang kala kesian juga tengok polis buat kerja. selagi tak siap tugas selagi tu terperuk depan pc menulis report.
Polis hari ini tidak semudah tugas anggota 40 atau 50 tahun lalu. Hari ini tugas polis cukup mencabar. Parti pembangkang sering melebalkan polis sebagai binatang peliharaan Umno. Polis haus darh India dan sebagainya. Polis dihina dimaki hamun sesuka hatinya oleh mereka yang membenci undang-undang negara.
TM pernah melihat bagaiman ACP Yusuf Diah Ketua Polis Taiping dimaki hamun oleh sekelompok masyarakat hanya kerana menghalang mereka daripada membuat perarakan haram di bandar taiping.
Kita akui dalam kerjaya polis pun ada kambing hitam dan mereka inilah yang merosakkan institusi kepolisian negara. Kita biasa dengar ada anggota polis yang menyokong pembangkang. Bila disiasat barulah kita tahu mereka terdiri dariada mereka yang kecewa dalam banyak perkara sewaktu bertugas. so bila bersara mereka menjadi penyokong pembangkang. Lantaklah, itu hak mereka.
Jom baca suka duka Papa Gomo disoal siasat selama 4 jam oleh IPK Sarawak.di Kuching
Anwar Ibrahim yang sedap
Rakyat pula yang tanggung akibatnya
Rakyat pula yang tanggung akibatnya
Semalam Gomo telah di panggil oleh pihak Polis Bukit Aman bagi memberikan kerjasama dalam soal siasat berhubung laporan Polis yang telah di buat oleh Anwar Ibrahim no Report Polis THSL 9703/2011.
Memandangkan Gomo berada di Kuching Sarawak maka tidak dapatlah Gomo hadir ke Bukit Aman bagi menjalankan siasatan namun Gomo di arahkan untuk memberi keterangan di Balai Polis Kuching bagi memudahkan siasatan pihak Polis di atas laporan yang di buat oleh Anwar Ibrahim.
Soal siasat Polis selama 4 jam yang bermula jam 6 Petang berakhir jam 9 malam bertempat di Balai Polis Kuching. Gomo memberikan kerjasama penuh di dalam siasatan ini memandangkan isu yang di siasat ini adalah Besar maknanya buat Rakyat Malaysia dan bukan satu pekara yang kecil sama sekali.
Dalam 4 Jam soal Siasat bermacam macam soalan yang keluar dari pegawai bertugas dan jika nak di huraikan semuanya memanglah tidak mampu untuk Gomo ingat apa yang di soal dan di jawap oleh Gomo sepanjang 4 jam sesi petang semalam. Namun ada beberapa pekara yang membuatkan Gomo tertarik dalam soal siasat semalam.
PERTAMA
Pihak Polis bertanyakan apakah benar Papa Gomo telah melihat rakaman Video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim?
Jawapan Gomo memang benar lah yang Gomo telah menyaksikan keseluruhan rakaman Video Seks dari mula sehingga akhir tayangan yang mana adengan Seks di antara Anwar Brahim dan Pelacur China Gomo saksikan bersama dengan 3 lagi yang lain.
KEDUA
Mengenai Tajuk Artikel Video Porno - Inikah Pelacur China Yang Di Balun Anwar Ibrahim bertarikh 30 Mac 2011.
Gomo memberikan pertanyaan kepada pihak yang berkenaan sama ada di dalam Gambar di atas ataupun yang ada bersangkut paut dengan Gambar di atas ini. Umum mengetahui bahawa Video Seks yang melibatkan Anwar Brahim berkaitan adengan Seks di antara Anwar dan juga Pelacur China dan gambar di atas juga memberikan satu Pertanyaan kepada Poji/Topeng Perak Blogger Pakatan Pembangkang apakah Wanita yang berada di kiri dan kanan itu salah seorangnya yang menjadi pelanggan Anwar Ibrahim dalam video Seks berkenaan.
KETIGA
Pihak Polis Ingin Mengenal pasti Identiti The Powerman yang menyebarkan sedutan Video Seks Anwar Ibrahim dan Apakah Gomo orang yang menguploadkan Video tersebut ke dalam You Tube dan apakah benar Gomo The Powerman?
Gomo tidak pernah mengenali The Powerman sama sekali dan sebagaimana yang Gomo jelaskan sebelum ini Video Seks You Tube di perolehi hasil dari Komen yang menggunakan nama Anonymous yang menyatakan :
- Anonymous said...
- video seks anwar dah release.. http://www.youtube.com/watch?v=DNEWGYPd1MU
Hasil dari komen yang Gomo perolehi ini lah apabila Gomo buka dan Gomo sahkan itu adalah rakaman yang Gomo Tonton bersama Dato Eskay pada 23hb yang lalu. Dan sebaik sahaja Gomo sahkan video berkenaan maka Gomo copy dan paste kan You Tube tersebut ke dalam Blogg Papa Gomo buat Rakyat bagi mengetahui Kebenarannya.
KEEMPAT
Ini merupakan satu Soalan yang memang akan di jangka oleh Gomo iaitu berkenaan lelaki di dalam Video Seks berkenaan. Pihak Polis bertanyakan apakah Anda yakin lelaki di dalam video berkenaan adalah Dato Seri Anwar Ibrahim?
Jawapan Papa Gomo adalah Cukup yakin 1000% Lelaki yang sedang beraksi Porno di dalam Video seks tersebut adalah Anwar Brahim.
4 soalan ini yang benar benar Gomo tekankan kepada pembaca semua dan selesai sahaja sesi Soal siasat dan keterangan di ambil maka Gomo di arahkan untuk menyerahkan Laptop yang gunakan selama ini kepada pihak Polis bagi menjalankan siasatan.
Walaupun berat hati nak memberikan Laptop yang Gomo gunakan di tambah lagi dengan tugasan untuk melaporkan berita kepada pembaca namun kerana KEADILAN maka Gomo serahkan kepada pihak Polis bagi memudahkan mereka menjalankan siasatan berhubung Video Porno berkenaan.
Jika pihak Polis nak DNA dari Gomo pun tidak ada masaalah kerana Gomo akan berikan dengan sukarela sama sekali.
Ini lah pengorbanan yang perlu di lalui oleh kami Blogger jalanan yang ingin menyedarkan rakyat Malaysia siapa itu Anwar Ibrahim. Kewajipan kami para Blogger untuk mendedahkan apa yang kami ketahui kepada Rakyat agar rakyat Malaysia tidak lagi terpedaya dengan penipuan Munafik nya Anwar Ibrahim.
Akhir kata dari Gomo, Demi Rakyat Malaysia jika di takdirkan Masuk ke Lokap pun Gomo sanggup demi membongkar Kebenaran yang selama ini tertutup akibat tangan tangan Jahat Anwar Ibrahim. Dan ingatlah walaupun pihak Agen Anwar Brahim di Amerika memadam You Tube Video Seks berkenaan berjuta sekalipun akhirnya Video sebenar akan Tersebar kepada rakyat.
Hak Rakyat Jangan Sesekali Di Nafikan dan Rakyat Berhak Mengetahui Kebenarannya.
Psssttt.....Siapa lagi yang Upload sila Upload dan sebarkan kepada semua rakyat Malaysia
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT