Pantang Anwar bila digasak persoalan dimananya ‘Jam Omega’. |
Beliau tidak perlu menunggu arahan polis untuk menyerahkan ‘Jam Omega’ yang dikatakan berada dalam simpanan beliau.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu hari ini naik berang apabila wartawan mempersoalkan sejauh mana kebenaran samada ‘Jam Omega’ berkenaan benar-benar ada bersamanya atau tidak.
Persoalannya mengapa perlu menunggu arahan polis untuk menunjukkan jam itu kepada rakyat. Ianya bukanlah satu perkara yang sukar sekiranya jam berkenaan bernar-benar dalam simpanan atau Anwar cuba menutup kesalahan yang telah dilakukan.
Pertanyaan wartawan berkenaan sebaliknya langsung tidak dijawab oleh “pelakon drama hitam putih” ini malah dengan nada suara yang tinggi Anwar menghamburkan kemarahan beliau.
Inilah wajah Anwar yang sebenar. Sudah membuat salah tidak mengaku pula lebih teruk wartawan yang hanya menjalankan tugas yang menjadi mangsa.
Sekiranya lelaki di dalam video berkenaan bukan beliau dan jam itu masih bersamanya, tidak perlulah nak marah-marah lebih senang tunjukkan sahaja kepada rakyat.
Jadi untuk menutup kesalahan sendiri, boleh pula si Anwar ini menukar topik dengan mempersoalkan isu berkaitan kes Altantuya.
Belajar tinggi-tinggi tapi tak tahu jawab soalan. Macam mana nak jadi pemimpin negara sekiranya asyik mengelak apabila digasak soalan berkaitan perangai buruk diri sendiri.
Konon memperjuangkan keadilan rakyat, tetapi bila rakyat menuntut kebenaran mengenai diri sendiri tidak pula beliau buat.
Inilah sifat Anwar sebenar, seorang pemimpin yang pengecut dan berselindung disebalik wajah yang ‘baik’nya itu.
(Ps- Visual kecut perut Anwar akan menyusul kemudian.)