Jumaat, 29 April 2011

Isu seks Anwar

Pagi tadi TM menerima satu sms dari seorang penyokong tegar PKR.

Katanya dia baru melihat lakonan lelaki yang menyerupai Anwar sedang melakukan perbuatan seks bersama pelacur atau china doll.

Dia tidak mempercayai dan menyatakan ia adalah konspirasi Umno. Ini kerana gambarnya kelabu, pudar dan berkualiti rendah. Umno menggunakan watak yang mirip Anwar bagi menjatuhkan karier politik beliau.

TM menjelaskan bahawa kualiti yang disiarkan ke dalam youtube memang begitu, Ia bergantung kepada format upload,

Ada yang upload versi HD, ada versi FLV atau versi MWV dan sebagainya.

Jika guna versi HD ia menggunakan size yang besar dan masa menonton menjadi lambat.

Jika versi skala kecil sudah tentu kualiti imejannya menjadi kurang.

Rakaman cctv tersebut semestinya berbentuk digital dan kualiti boleh dipertingkatkan kepada tahap HD.

Oleh itu pihak Bukit Aman dan pihak Dato T yang memproses data decoder cctv saja yang dapat melihat dalam kualiti asal dan jelas imejannya.

So kalau mereka yang telah menonton versi original di Carcosa dan mempercayai ia adalah Anwar, terima sajalah kenyataan tersebut.

Buat apa nak sibuk-sibuk. Dato Eskay tu rakan Anwar. Kita bukan rakan dan bukan kenal rapat dengan Anwar.

Orang kata, kalau nak tahu kelemahan seseorang, dapatkan rahsia daripada kenalan rapatnya.

Nampaknya sudah 3 segment perilaku Anwar telah didedahkan melalui beberapa laman blog. TM tabik spring kepada mereka yang berani mengambil risiko kerana menyiarkan dalam blog, walaupun kita tahu bahawa individu yang memuatnaik ke youtube bukan mereka. Ia adalah anonymous.

Ruang Internet tiada sekatan, web web porno pun berlambak dalam internet. MCMC pun tak mampu nak sekat.

So tak payah sibuk lah untuk mencari dan menahan bloggers yang muat naik aksi seks tersebut ke dalam blog mereka.

Mereka ada hero yang menyelamatkan rakyat negara daripada mempunyai seorang pemimpin sedimikian rupa.

Tm mempertahankan mereka seperti Papagomo, Pisau, Hosuse PK, Badut Rakyat, YY, Politik Harian, Flying Kick dan ramai lagi.

Yang pasti pelaku yang masih menafikan bahawa dia adalah orangnya perlu ditolak.

JAWI perlu menyiasat kerana AMK dah bawa kes ke mahkamah Syariah JAWI.

Selesai siasatan, serahkan laporan ke Mahkamah dan Anwar perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

JAWI pula janganlah tidur, dahulu ada satu kes saman pengurus sukan dan pegawainya. Pengurus bergelar Dato Seri telah membuat kenyataan di mahkamah sivil bahawa dia kerap melakukan hubungan seks dengan pegawainya dan akhirnya pegawai tersebut merengkok dalam penjara kerana bersalah. Kes apa tak taulah. Cerita lama.

Selepas itu TM persoal juga apakah JAWI tak boleh ambil tindakan atas kenyataan Dato Seri itu, atau tunggu orang buat report.

Seorang polis pernah menyatakan kepada TM bila polis ditanya kenapa tak tangkap orang berjudi?

Jawapannya mudah sahaja, kita tak terima report dari orang awam. Jadi kami tak boleh bertindak tanpa report.

Satu sahaja polis bertindak tanpa report ialah apabila orang awam melakukan kesalahan lalu lintas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.