Ahad, 17 April 2011

Punca kekalahan BN N 70 Ba Kelalan

Bekas pelajar undang-undang UiTM
Baru Bian calon Pkr Ba Kelalan telah berjaya menewaskan Willie Liau calon BN dari SPDP dengan majoriti 473. Bian memperolehi 2505 undi manakala Willie 2032 undi.

Dalam PRN 2006 calon BN Nelson Balang Rining menewaskan Baru Bian dengan majoriti 475 undi.

Bakal Ketua Menteri tajaan Anwar
Punca utama kemenangan Baru Bian ialah kerana beliau sudah bersedia awal dan mempunyai penyokong tegar sejak PRN 2006 lagi. Baru Bian sudah banyak melabur untuk kemenangannya. Penduduk juga dijanjikan akan mendapat Ketua Menteri baru dari kawasan Ba Kelalan.

Difahamkan Baru telah berusaha untuk menambah pengundi di kawasan itu dan hasilnya peningkatan 10.7 % pengundi baru yang menyokongnya.

Baru Bian dan Willie Liu adalah calon tempatan, tetapi Willie namanya dicalonkan hanya pada saat-saat akhir sahaja. Amat sukar bagi beliau untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Baru Bian.


Walaupun Willie seorang ahli SPDP tetapi bukan seorang ahli politik yang agresif. Beliau hanyalah seorang peguam yang memegang jawatannya Ketua Pemuda SPDP Ba Kelalan sahaja.

Isu tanah NCR adalah isu utama yang dimainkan oleh Pkr, Dap dan Pas.  Mereka berjaya memutar belitkan isu NCR sehinggakan seluruh penduduk Sarawak mempercayainya dan ditokok tambah oleh mereka dari semenanjung yang tidak tahu hujung pangkal mengenai NCR.

Isu NCR tidak diperjelaskan atau ditangani lebih awal oleh BN Sarawak. Media baru baru pembangkang menjadi medan untuk menyerang isu NCR dan tiada jawapanpun yang diberikan oleh pihak BN. Media baru BN Sarawak lebih berminat dalam percaturan siapa yang akan menjadi calon sahaja.

Isu terbaru ialah isu Al-Kitab atau bible dalam Bahasa Melayu. Isu bible sengaja dijadikan modal oleh pembangkang dari awal lagi untuk mengalahkan BN Sarawak.

Al- Kitab yang bercetak dalam bahasa Melayu tidak pernah menjadi isu sebelum ini di Sarawak. Ini kerana bahasa Melayu ialah lingua franca yang menyatupadukan etnik Sarawak.

Ba Kelalan adalah kubu kuat BN sejak 1986 akhirnya tumbang juga kepada pembangkang, walaupun kita sedia maklum bahawa Baru Bian dahulu adalah orang kuat BN yang berpaling tadah.

Harap dalam PRN akan datang BN akan merampas kembali kerusi ini.  Kita sudah berusaha untuk mengekalkan kerusi ini dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun ketentuan yang maha kuasa berpihak kepada Baru Bian. Baru Bian menang bukan faktor PKR tetapi menang atas nama Baru Bian anak tempatan.

Dalam tempoh 3  tahun kemungkinan besar Baru Bian akan menyokong BN dan keluar dari Pkr, sama-sama kita tunggu.