Ahad, 17 April 2011

BN Sarawak parah tetapi masih juara

Tanggal 16 April 2011 mencatatkan satu sejarah dalam lembaran politik Sarawak. BN dilihat sebagai parti yang lemah, nyawa-nyawa ikan, tua dan hampir menyembah bumi.

Lawan BN merupakan tenaga muda yang gagah perkasa dan mendapat sokongan moral yang cukup tinggi. Sentiasa siap sedia untuk merobek dan membunuh BN.

Lawan BN ialah Pakatan Haram yang diketuai oleh Anwar seorang pengkhianat bangsa yang dilabelkan sebagai Judas Ascariot oleh Raja Petra Kamaruddin iaitu sekutunya sendiri.

Paling bijak dalam pertarungan ini ialah Dap, walaupun meletakkan 15 calon tetapi hanya 3 sahaja pahlawannya yang terkorban.

Pkr boleh disamakan pahlawan yang mendapat penyakit Aids, kuman HIV  yang bersarang dalam tubuh mereka membuatkan pengundi jijik untuk mendekati mereka. Tubuh mereka lemah dan dengan sendirinya rebah dan kecundang. Hanya 3 yang masih gagah, itu pun menunggu masa untuk turut sama padam.

Pas yang paling bodoh dalam perjuangan. Nawaitu mereka memang baik, iaitu untuk melaksanakan hukum Islam dan menubuhkan sebuah negara Islam. Akan tetapi kesilapan besar mereka ialah salah strategi dan salah regu. Pas sebenarnya telah membunuh diri mereka sendiri kerana bersekutu dengan pihak yang menentang hukum Islam atau lebih tepat lagi ialah menentang Hudud yang diagungkan oleh Pas.

Pas sendiri tidak faham akan definasi hudud. tidak faham definasi jihad dan tidak faham definasi sebuah negara Islam. Malaysia sudah lama diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan ciri-ciri sebuah negara Islam juga telah diperjelaskan cuma Pas enggan mengakui dan mengiktirafkannya. Pas sebenarnya adalah komponan radikal Islam yang mempunyai rangkaian satu dunia. Mereka ini lah yang menghuru-harakan dunia Islam.

Kesalahan besar Pas ialah kerana bersekongkol dengan Dap Harbi dan menyokong Anwar yang bersifat pluralisme dan pro-barat.

Pas boleh menang banyak kerusi jika bekerjasama dengan BN seperti mana tahun 1974 dahulu. Pas perlu ikhlas dalam perjuangan dan jangan cuba mengkhianati rakan sepertimana yang dilakukan mereka pada tahun 1977 dahulu.

Kesudahannya Pkr dan Pas kecundangan di Sarawak dan yang bijak ialah Dap.  Parti perkauman Dap yang memperjuangan sebuah negara China selepas Singapore dilihat terus mendapat sokongan pengundi bandar yang rata-ratanya adalah pengundi cina.

Pengundi cina menunjukkan satu trend baru, Dap dilihat sebagai alternatif terbaik untuk membela bangsa cina dalam memperjuangkan hak mereka dalam merebut kuasa politik di negara ini.

Kepimpinan Dap berjaya meyakinkan pengundi bahawa dengan menyokong Dap orang cina dapat mengubah landskap politik Malaysia.

Mungkin Dap inginkan jawatan seperti Perdana Menteri, ingin menghapuskan sistem beraja, menjadikan negara sebuah negara sekular selari dengan perjuangan demokratik dunia yang mana Dap menjadi ahlinya.

Ramai orang tidak sedar bahawa DAP adalah sebuah parti milik Sosialis Antara Bangsa yang bersifat sekular dan menolak kewujudan sistem beragama.

Walaupun pemimpin Dap dilihat kuat pegangan agama budha dan kristiannya tetapi itu hanyalah lakonan semata-mata. Tidak hairanlah mengapa Karpal dan anaknya Gobind Singh tidak memakai turban.

Jelas menunjukkan Dap, Pkr dan Pas bukan sebuah parti politik yang bebas, di atas mereka ada tangan-tangan yang menggerakkan tarian dan lenggang lenggok mereka di pentas. Ketiga-tiga parti ini adalah boneka dan mereka dipimpin dan didalangi oleh pihak luar.

Hanya parti yang tinggal tulin dan tiada dalang ialah komponan Barisan Nasional sahaja.
"Negara kita acuan kita"
Itulah kata-kata Tun Mahathir dalam wawasan 2020.  Parti Umno dan perikatan tertubuh di Malaysia bukan didalangi oleh sesiapa. Tertubuhnya Perikatan oleh Umno, Mca dan Mic adalah untuk membebaskan negara dari penjajahan British yang telah kembali selepas kekalahan Jepun.

Malaysia membangun dan berjaya sampai ke tahap ini adalah berkat usaha 3 komponan parti yang yang awal bergabung dalam Perikatan. Kemasukan Sarawak dan Sabah berjaya membesarkan lagi komponan parti Barisan Nasional.

Kepada pengundi cina di Sarawak yang terang-terang menyokong Dap ingatlah, bahawa hanya BN parti bangsa Malaysia, parti yang mencerminkan rakyat Malaysia sebenarnya. Dap hanyalah sebuah parti chauvinist yang merugikan rakyat Malaysia sebenarnya.

Ia hanya untuk keuntungan sekelompok yang menjadi pemimpin sahaja seperti keluar Lim dan Karpal di Malaysia dan keluarga Lee di Singapore dan Korea Utara. Sistem mereka ialah sistem bercorak komunis Marxism dan Leninism.

Kepada pengikut Pas yang taksub, tinggalkan perjuangan Pas yang ekstrem tak bertempat, sama-samalah berjuang dalam Umno demi bangsa dan kedaulatan negara untuk selama-lamanya selagi diizinkan Allah.

Kemenangan 12 daripada 15 kerusi DAP adalah petanda buruk kepada politik tanah air di masa akan datang. Ia juga menggambarkan satu regim yang telah lama lenyap akan kembali menguasai dunia iaitu komunis Karl Marx.