Jumaat, 8 April 2011

Sakit belakang tapi boleh bersenam?Ish ish ish jijah kaki kelentong.


by Labu Labi


KUALA LUMPUR 7 April – Selepas menimbulkan keraguan berhubung isu jam tangan Omega, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Aziah Wan Ismail sekali lagi mencetuskan pertanyaan dan kali ini berhubung isu sakit belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Aziz.........ah pada sidang akhbar di rumahnya kelmarin mendakwa susuk tubuh badan Anwar lebih tegap kerana suaminya itu sering bersenam ketika dalam penjara selama lebih enam tahun.

Namun apa yang menjadi persoalan, sepanjang Anwar ditahan dari 1998 sehinggalah dibebaskan pada 2004 sering dikatakan menderita pelbagai penyakit termasuk mempunyai masalah sakit pinggang yang kronik.

Malah, Penasihat PKR itu juga sering dilihat memakai bengkung pinggang dan penyokong leher selain mendakwa hanya memakan buah kurma yang dibekal keluarga dan minum air zam-zam kerana tidak menjamah makanan penjara.

Keadaan Anwar yang turut dipertontonkan kepada seluruh dunia ketika beliau ke luar negara sebaik sahaja dibebaskan bertentangan dengan apa yang disebut Wan Azizah bahawa suaminya sering bersenam di dalam penjara sehingga ototnya kuat.

Wan Azizah membuat kenyataan itu ketika menyangkal suaminya ialah individu di dalam rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Percanggahan kenyataan Wan Azizah dengan situasi sebenar Anwar semasa di penjara itu menjadi topik hangat dalam kalangan beberapa blog antaranya Ekstrem Tolak PKR (x-pkr) di http://x-pkr.blogspot.com/.

Blog ini turut mempersoalkan apakah mustahil amalan minum madu asli dapat mengekalkan otot-otot badan